My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 28 September 2016

    Malaysia Berada Dikelompok Teratas


    Malaysia terus merekodkan prestasi membanggakan dengan berada pada kedudukan ke-25 daripada 138 negara di dunia dan kekal pada kelompok 20 peratus teratas dalam segmen ekonomi global paling kompetitif dalam kalangan negara membangun Asia menerusi Laporan Kompetitif Global 2016/2017 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF). 

    Antara negara yang berada dalam kelompok 20 termasuklah negara membangun seperti Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Belanda, Jerman, Sweden, United Kingdom (UK), Jepun, Hong Kong, Finland, Norway, Denmark, New Zealand, Taiwan, Kanada dan Belgium.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dalam kalangan negara membangun, Malaysia terus menerajui rantau ini meskipun kedudukan sedikit menurun berbanding tempat ke-18 yang diraih pada sesi 2015/2016.

    Beliau berkata, teras infrastruktur digital serta pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah antara segmen yang menunjukkan peningkatan ketara namun negara perlu menjadi lebih inovatif pada masa depan sekiranya ingin mengelak dari perangkap pendapatan sederhana. 

    “Meskipun mencatatkan penurunan dalam kedudukan, asas ekonomi di Malaysia masih kekal kukuh dan berdaya maju di mana ia dibuktikan melalui faktor keteguhan perlindungan terhadap pelabur dan tempoh memulakan perniagaan masing-masing pada kedudukan keempat dan ke-19,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

    Terdahulu, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Mohd Razali Hussain dalam sidang media memberikan penerangan lengkap mengenai laporan dikeluarkan WEF.

    Laporan itu menggunakan penilaian berdasarkan 12 teras utama dalam mengukur tahap kompetitif selain mengambil kira faktor yang membolehkan negara terbabit mengekalkan pertumbuhan kemakmuran ekonomi.

    Antara terasnya adalah institusi, infrastruktur, persekitaran ekonomi makro, kesihatan dan pendidikan rendah, pendidikan tinggi dan latihan, kecekapan pasaran barangan, kecekapan pasaran buruh, pembangunan pasaran kewangan, kesediaan teknologi, saiz pasaran, kecanggihan pasaran dan inovasi.

    Menurut laporan itu, Switzerland diangkat sebagai ekonomi paling kompetitif di dunia bagi lapan tahun berturut-turut, manakala Singapura berada di tempat kedua dan Amerika Syarikat di tempat ketiga.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia Berada Dikelompok Teratas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top