My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 22 September 2016

    Eksperimen Datuk Ong Kim Swee


    Lima muka baru dipanggil ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee bagi mengisi senarai 25 pemain skuad kebangsaan menghadapi dua perlawanan persahabatan kelas A, bertemu Singapura dan Afghanistan. 

    Kelima-lima pemain itu ialah Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri dari Perak, Muhammad Hadin Azman (FELDA United), Ahmad Khuzaimi Piee (Melaka) serta Mohd Rizal Mohd Ghazali dan Mohd Syazwan Zainon (Kedah).

    Mereka menggantikan empat pemain digugurkan Brendan Gan dan Wan Zack Haikal Wan Noor (Kelantan), Mohammad Amer Saidin (JDT II) serta Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka). Pertemuan dengan Singapura akan berlangsung di Stadium Nasional 7 Oktober depan dan Afghanistan, Stadium Shah Alam (11 Oktober).

    “Saya menyenaraikan 25 pemain kali ini kerana kita bakal menghadapi dua perlawanan, bertemu Singapura dan Afghanistan. Pemain baru seperti Fazrul Hazli, Hadin, Khuzaimi, Rizal dan Syazwan mempunyai peluang membuktikan kemampuan mereka dalam dua perlawanan ini untuk tersenarai ke Piala AFF.

    “Selain Brendan yang digugurkan kerana kecederaan, Wan Zack, Amer dan Khair juga diketepikan kali ini. Tapi ini bukan bermakna mereka terkeluar terus tapi saya ingin melihat pemain lain pula,” kata Kim Swee.

    Jelas Kim Swee, beliau memilih untuk memulakan kem latihan pusat lebih awal iaitu pada 27 September ini kerana 12 pemain yang tidak terbabit pada separuh akhir pertama Piala Malaysia dan Piala AFC kebanyakannya adalah di posisi pertahanan.

    “Shahrul, Ronny, Matthew, Nazirul Naim, Khuzaimi dan Rizal adalah pemain pertahanan. Jadi ini memberi peluang untuk saya untuk melakukan lebih banyak latihan berkumpulan bagi posisi ini. Jadi apabila baki 13 pemain lain melaporkan diri pada 2 Oktober, saya boleh terus mempraktikkan keseluruhan taktikal.

    “Sasaran kita untuk dua perlawanan ini adalah untuk saya menilai mereka kerana ini kem latihan pusat terakhir sebelum saya menamakan pemain bagi fasa latihan terakhir menjelang Piala AFF November ini.

    “Selain itu, pada masa sama kami juga perlu mendapatkan keputusan positif kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan ranking kita yang akan dikemas kini pada 20 Oktober nanti.”

    Malaysia menghuni tangga ke-158 ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 15 September lalu, naik sembilan anak tangga daripada kedudukan 167 pada Julai. Bagaimanapun, kedudukan Malaysia dijangka merosot bulan depan susulan kekalahan 1-3 kepada Indonesia yang menduduki ranking ke-181 pada aksi persahabatan 6 September lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Eksperimen Datuk Ong Kim Swee Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top