Masalah kesihatan yang dialami seorang lelaki obesiti seberat 250 kilogram menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa dipanggil bagi membantu membawanya ke Hospital Sibu, semalam.
Lelaki terbabit, Sia Chi Herng, 33, mengalami masalah kesihatan sehingga tidak mampu berdiri sejak tiga hari lalu dan tidak dapat membuang air kecil. Ahli keluarga lelaki terbabit menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan menghantar lelaki itu ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan pada jam 11 pagi.
Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, tiga ahli Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sibu serta dua pembantu perubatan terbabit dalam operasi itu. Seorang anggota yang terbabit dalam operasi itu, Terry Robson Forance Nyanggau berkata, pasukan penyelamat terpaksa meletakkan lelaki itu atas kain putih sebelum menariknya atas papan lapis.
0 comments:
Post a Comment