My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 28 September 2016

    Jualan Tiket Lembab


    Penganjuran saingan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung musim masih gagal memberi impak besar apabila jualan tiket terutama membabitkan peminat tempatan agak lembab. 

    Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali (gambar) bagaimanapun berkata, jualan tiket untuk perlumbaan hujung minggu ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada peminat luar negara.

    “Jualan tiket setakat ini terutama membabitkan peminat tempatan kurang memberangsangkan berbanding luar negara yang menunjukkan peningkatan. Ia sekali gus dapat memenuhi matlamat kerajaan untuk menarik pelancong hadir menyaksikan perlumbaan itu. “Tapi yang menjadi keutamaan kami kini adalah penyokong tempatan.

    “Sebab untuk penganjuran kejohanan besar seperti F1, kita amat memerlukan sokongan peminat tempatan,” katanya. SIC mensasarkan pertambahan lima peratus untuk jualan tiket musim ini berbanding lebih 80,000 penonton sepanjang tiga tahun lalu tetapi sehingga kini pembelian tiket itu mengalami pengurangan 20 peratus.

    SIC memohon untuk kembali menganjurkan perlumbaan F1 pada hujung musim dengan tujuan utama supaya dapat menarik lebih ramai penonton. Malaysia menganjurkan F1 di hujung musim pada dua tahun pertama penganjurannya, namun bermula 2001 sehingga tahun lalu, pihak Pengurusan Formula Satu (FOM) meletakkan saingan di Sepang pada awal musim.

    Jelas Razlan, ruang diperlukan untuk mengubah mentaliti dan persepsi peminat tempatan bagi menarik minat mereka menyaksikan perlumbaan di Sepang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jualan Tiket Lembab Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top