My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 28 September 2016

    PPBM Bakal Berkubur Jika Sertai Barisan Rakyat?




    Mungkin ada yang mengatakan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertambah kukuh andai mereka memilih untuk bersatu dengan PKR, DAP dan PAN dalam satu gabungan baru yang dipanggil Barisan Rakyat. Alasannya, perjuangan kesemua parti itu berteraskan kepada mahu menjatuhkan UMNO dengan membentuk kerajaan dari pakatan pembangkang.

    Apa yang dapat dilihat hari ini, cadangan untuk mewujudkan Barisan Rakyat sebenarnya bakal menenggelamkan PPBM secara perlahan-lahan. Ini kerana, kerjasama yang wujud antara DAP, PKR dan PAN sebenarnya telah menjadikan gabungan ini sebagai lebih kukuh dengan bersandarkan kepada beberapa perkara.

    Malah, DAP dan PKR sendiri telah bekerjasama sejak 2004 dimana kedua-dua parti ini mencapai persetujuan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri pilihan mereka. Sebaik sahaja pembentukan Pakatan Harapan, persetujuan ini dilanjutkan walaupun PAN menyertai pakatan ini.

    Dalam perkembangan yang sama, DAP, PKR dan PAN masih belum mencapai kata putus untuk menerima PPBM sebagai satu lagi parti sekutu mereka. Alasannya cukup mudah. Kepimpinan PKR yang diketuai oleh Datin Seri Wan Azizah masih belum dapat melupakan bagaimana Tun Dr Mahathir membuang suaminya seperti sampah semasa krisis kepimpinan UMNO pada tahun 1998.

    Bagi DAP pula, teras perjuangan PPBM sendiri telah berlawanan dengan teras mereka yang mahu menjadikan kesaksamaan kaum sebagai teras utama perjuangan parti tersebut. Umum mengetahui, PPBM merupakan sebuah parti yang menyasarkan kaum Melayu dan bumiputera untuk dijadikan ahli mereka.

    Manakala PAN pula, mereka dilihat akan menyokong apa sahaja keputusan DAP samada menerima ataupun tidak. Justeru, bukan satu perkara yang menghairankan apabila cadangan Mahathir yang mahu meletakkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri, pantas ditolak oleh DAP dan PKR.

    Ini menunjukkan petanda jelas bahawa survivor politik PPBM andai mereka bersatu dalam Barisan Rakyat, akan berkubur secara perlahan-lahan. Sebagai bekas-bekas pemimpin UMNO. sejarah mereka sewaktu menghentam Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, sukar untuk dikikis begitu sahaja.

    Walaupun PPBM menampilkan Mahathir selaku Pengerusi, namun ianya bukan tiket mudah untuk PPBM menjalinkan kerjasama dengan ketiga-tiga parti yang secara tradisinya adalah parti pembangkang. Isyarat ini jelas dapat dilihat dari cara penerimaan Tony Pua dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang secara terbuka menempelak apa sahaja cadangan daripada PPBM.

    Mungkin benar seperti apa yang dijangkakan oleh ramai pemerhati politik. Nasib PPBM dalam arus politik negara saling tidak tumpah seperti apa yang dilalui oleh Semangat 46. Mereka tidak mungkin akan mencapai standard PKR jika mereka masih membawa idealogi UMNO kedalam gabungan pembangkang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PPBM Bakal Berkubur Jika Sertai Barisan Rakyat? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top