My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 27 September 2016

    Pelakon Drama Ditahan Polis



    Seorang pelakon popular, Aidil Aziz, 29, (gambar kecil) dan anak seorang tokoh perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes menanam pokok ganja serta memiliki senjata di sebuah banglo­ Jalan Ampang Ulu di sini pada Sabtu lalu. 

    Seorang lelaki warga Filipina yang bekerja di sebuah syarikat pe­ngurusan teknologi­ maklumat di sini turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, ke­semua mereka kini ditahan reman di lokap Jinjang selama enam hari bermula­ kelmarin hingga Jumaat ini.

    Menurutnya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah menyerbu banglo milik Datuk Seri selepas menerima maklumat daripada orang awam.

    Menurutnya, hasil pemeriksaan di banglo itu polis menjumpai tiga pasu yang mengandungi pokok ganja de­ngan ketinggian 0.19 meter hingga satu meter setiap satu pasu, satu tiub straw me­ngandungi benih ganja serta daun ke­ring disyaki dadah jenis ganja.

    “Polis turut merampas bahan dan pera­latan menanam pokok ganja, empat pistol angin, dua senapang angin, tujuh pedang samurai dan 19 pisau pelbagai jenis, sehelai vest polis dan satu lampu kecemasan,” ujarnya pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelakon Drama Ditahan Polis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top