My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 22 September 2016

    Gong Yoo Dedah Sekuel Train To Busan




    Disebabkan fenomena hangat filem Train To Busan yang mengaut kutipan panggung menakjubkan seluruh dunia iaitu AS$99 juta (RM410 juta) dalam tempoh seminggu, peminat tidak perlu menunggu lama kerana bintang utama filem tersebut, Gong Yoo mendedahkan filem tersebut akan disambung. 

    “Akan ada sekuel Train To Busan untuk anda semua,” tulis Gong Yoo yang memegang watak Seok Woo dalam filem arahan Yeon Sang-ho itu menerusi Twitter miliknya.

    Dalam satu temu bual, aktor kacak itu mendedahkan tentang sekuel filem itu mungkin sedikit berbeza daripada filem pertama. “Sekuel filem ini mungkin akan menceritakan lebih terperinci mengenai kehidupan zombie. Bagaimanapun, menurut pengarah, saya telah mati dalam filem pertama kerana tengkok saya patah akibat melompat daripada kereta api selepas dijangkiti virus.

    “Saya memberi saranan kepada pengarah supaya menjadikan sekuel filem yang akan datang lebih kepada watak Sang Hwa (Ma Dong-seok) kerana dia masih hidup sebagai zombie,” ujarnya lagi. 

    Terdapat desas-desus mengatakan bahawa bintang Descendants of the Sun, Song Joong-ki akan bergandingan dengan Don-seok melakonkan watak zombie untuk sekuel filem tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gong Yoo Dedah Sekuel Train To Busan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top