Kadangkala, ketagihan seseorang terhadap internet, memang sukar untuk dikawal. Apatah lagi keasyikan mereka melayan ruangan sembang maya, permainan internet mahupun melayari laman-laman sosial. Semua itu membuatkan seseorang itu akan menjadi ketagih sehingga lupa kepada persekitarannya.
Inilah yang berlaku terhadap seorang gadis berusia 16 tahun yang sanggup membiarkan ibunya mati kebuluran setelah mengikat ibunya pada kerusi selama seminggu. Chen Xinran bertindak demikian hanya kerana terlalu marah terhadap langkah ibu bapanya yang menghantarnya ke pusat rawatan ketagihan internet di China.
Chen mendakwa, semasa berada di pusat berkenaan, dia selalu di buli dan dipukul dengan teruk oleh pesalah lain dan juga warder yang menjaga pusat berkenaan.
Malah lebih teruk lagi, disebabkan ketagihannya dengan internet, dia telah menikam bapanya dengan sebilah pisau selepas bertengkar mengenai ketagihannya itu. Bapanya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital disini.
Menurut laporan, pasangan suami isteri ini begitu bimbang dengan keadaan anaknya yang begitu ketagih permainan online sehingga enggan pergi ke sekolah dan amat jarang keluar dari biliknya. Atas cadangan keluarga terdekan, mereka menghantar gadis berkenaan ke pusat pemulihan di Shandong. Namun begitu, dia melarikan diri dari pusat berkenaan, tidak lama selepas dimasukkan.
Lebih teruk lagi, sehari sebelum ibunya menemui ajal dalam keadaan terikat, dia ada menghantar gambar keadaan ibunya kepada ibu saudaranya dan menuntut ribuan dolar sebagai syarat untuk melepaskan ibunya. Melihat kepada keadaan berkenaan, ibu saudaranya bersetuju untuk membayar jumlah yang diminta dan meminta Chen melepaskan ibunya.
Namun sebaik sahaja melepaskan ibunya pada keesokan hari, keadaan ibunya sudah terlalu tenat dan meninggal dunia sebaik sahaja ambulan tiba kerumah mereka. Doktor yang merawat ibunya mendakwa, keadaan ibunya terlalu lemah untuk diselamatkan akibat kelaparan dan kehausan teruk yang dialaminya. Bapanya pula dijumpai di sebuah bilik berkunci dalam keadaan parah.
Apa yang menariknya, Chen tidak melarikan diri sewaktu pihak polis tiba kerumahnya. Menurut laporan, pihak polis terpaksa menunggu beberapa minit untuk menahannya hanya alasan mahu melengkapkan pusingan permainan onlinenya sebelum Chen sendiri menyerahkan diri kepada pihak polis.
0 comments:
Post a Comment