My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 28 September 2016

    Untungnya Menjadi Unta Di Arab Saudi



    Bukan satu rahsia apabila rakyat di negara-negara Arab, amat gemar menunjukkan kemewahan mereka kepada khalayak umum. Bagi mereka, semakin banyak harta yang mereka pamerkan kepada khalayak, semakin kaya dan tinggi darjat seseorang itu. Lihat sahaja bagaimana mereka memperagakan kemewahan mereka di seluruh ibu kota Eropah pada cuti musim panas ini.

    Hal yang sama tidak terkecuali bagi penduduk Arab Saudi. Dengan penghasilan industri minyak di negara tersebut sebagai antara paling mewah di dunia, limpahan kekayaan ini turut dirasai oleh rakyatnya sendiri. Justeru, bukan satu perkara yang menghairankan apabila mereka akan mempamerkan kemewahan mereka kepada umum termasuk memakaikan unta dengan rantai emas!

    Inilah yang berlaku apabila satu video klip tersebar yang menunjukkan seorang lelaki memakaikan rantai emas yang cukup tebal pada leher untanya. Lelaki berkenaan menjangkakan, orang ramai yang menonton video klip berkenaan akan memujinya, namun apa yang berlaku, dia mendapat kecaman hebat daripada penonton video berkenaan.

    Tindakan lelaki yang tidak didedahkan nama ini disifatkan terlalu bongkak kerana denagn sengaja mempamerkan kemewahannya di tempat yang salah. Malah, ada yang mengharapkan lelaki ini disiasat oleh pihak berkuasa Arab Saudi diatas kebongkakkannya.

    Memetik satu ulasan yang hanya dikenali sebagai Tahtooh, dia mengatakan, lelaki ini mungkin mahu menunjukkan untanya di satu pameran atau cuba menjual untanya pada harga yang mahal. Tetapi perbuatannya jelas salah dan dia perlu dipertanggungjawabkan. Agama jelas mengharamkan semua bentuk penginayaan dan dia memang menginaya unta berkenaan.

    Ada diantara mereka meninggalkan komen yang mahu melihat lelaki berkenaan menjadi papa kedana akibat kebongkakkannya. Walau apa sekalipun, nasib unta berkenaan jauh lebih baik berbanding kebanyakan wanita di seluruh dunia.

    Manakan tidak, unta berkenaan tidak perlu untuk meminta barangan kemas berkenaan dikalungkan di lehernya. Sebaliknya, unta berkenaan mendapat kalungan berkenaan hasil daripada sifat bongkak tuannya. Jadi tidak salah andai mengatakan, beruntungnya menjadi unta di Arab Saudi.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Untungnya Menjadi Unta Di Arab Saudi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top