My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 25 September 2016

    Lari Tak Cukup Tanah



    Puluhan peniaga pendatang asing terutama Bangladesh lari bertempiaran sebaik menyedari kehadiran anggota agensi penguat kuasa yang melakukan serbuan di Jalan Petaling, di sini, semalam. Operasi gempur dilakukan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula jam 6.30 petang itu dalam usaha membasmi peniaga warga asing. 

    Serbuan turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, seramai 19 anggota termasuk pegawai penguat kuasa KPDNKK dikerahkan untuk menjalankan serbuan di lima premis di lokasi itu.

    Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap lima premis yang disyaki menjual barangan cetak rompak. “Susulan itu kami merampas 701 beg tangan, dompet dan kasut jenama mewah Louis Vuitton, Adidas,Nike, YSL dan New Balance serta Gucci cetak rompak.


    “Operasi selama empat jam itu mendapati premis berkenaan aktif menjual beg tiruan kepada orang awam terutama pelancong asing. Semua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM20,480 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya. Menurutnya, beberapa pekerja di lima premis itu turut diambil keterangan bagi membantu siasatan.

    “Bagaimanapun puluhan peniaga warga asing sempat melarikan diri bagi mengelak ditahan. “Lima premis disiasat mengikut Seksyen 8(2), Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang jika sabit kesalahan bagi syarikat boleh didenda tidak lebih RM15,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya denda tidak lebih RM30,000.

    “Bagi individu pula, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. Media Khamis lalu melaporkan kegiatan warga asing Bangladesh memonopoli perniagaan di kawasan segi tiga emas dengan kebanyakannya menjual produk tiruan.

    Hasil pendedahan itu, beberapa warga Bangladesh ditahan pihak berkuasa kerana menjalankan kegiatan menyeludup masuk pakaian sukan tiruan berjenama terkenal. Mereka dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga 10 kali ganda daripada harga asal barangan yang dibeli dan diseludup dari Bangladesh itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lari Tak Cukup Tanah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top