My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 23 September 2016

    Gabenor Charlotte Terpaksa Isytihar Darurat


    Perhimpunan bantahan penduduk kulit hitam pada malam kedua bertukar menjadi ganas memaksa Gabenor Carolina Utara Pat McCrory mengisytiharkan darurat membolehkannya meminta bantuan Pengawal Kebangsaan selepas ketua polis bandar terbesar di negeri itu menyatakan ia memerlukan bantuan. 

    Ketika perhimpunan penduduk kulit hitam yang membantah kejadian polis menembak mati seorang lelaki kulit hitam kelmarin, menjadi semakin ganas, seseorang melepaskan tembakan ke arah perusuh di depan Omni Hotel menyebabkan seorang lelaki kini koma selepas terkena tembakan di kepala.

    Polis menafikan melepaskan tembakan itu. Setakat ini, pasukan perubatan Charlotte mengesahkan mereka membawa lapan mangsa iaitu tujuh polis dan seorang orang awam ke hospital . Charlotte, bandar perbankan, mempunyai 830,000 penduduk dengan 35 peratus kulit hitam.

    Penduduk kulit hitam membantah tindakan polis menembak mati Keith Lamont Scott, 43, di tempat letak kereta sebuah kondominium, mendakwa lelaki itu memegang pistol dan beberapa kali enggan mematuhi arahan melepaskan senjata itu.

    Keluarga lelaki itu mendakwa dia memegang buku, kerana sedang membaca dalam kereta menunggu anaknya pulang dari sekolah. Ketua Polis Charlotte, Kerr Putney, yang menegaskan Scott adalah ancaman walaupun tidak menghalakan pistol ke arah polis, berkata satu pistol ditemui dekat mayat lelaki itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gabenor Charlotte Terpaksa Isytihar Darurat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top