Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan membina 2,000 kediaman mampu milik khusus untuk anggota dan veteran tentera.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, projek perumahan di Parcel 2C, Taman LTAT Bukit Jalil, di sini, merangkumi empat blok kediaman 32 tingkat dan dua podium tempat letak kereta enam tingkat yang dijangka siap pada 2018.

"Harga ini amat istimewa berbanding harga pasaran semasa lebih-lebih lagi di lokasi strategik di Bukit Jalil, di sini; Mutiara Damansara, Selangor dan Mutiara Rini, Johor," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Projek Perumahan LTAT di sini, hari ini.
0 comments:
Post a Comment