My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 23 September 2016

    Berat Badan Naik Sejak Sakit


    Kecederaan berpanjangan pada tumit kaki kanan Sia Chi Herng, 33, akibat terjatuh semasa berjalan di dapur kem pembalakan Kapit menyebabkan lelaki obes itu menghabiskan masa di rumah dengan memakan pelbagai jenis makanan sehingga berat badannya naik mendadak. 

    Menurut ibunya yang mahu dikenali sebagai Kho (gambar kecil), 63, kejadian itu yang berlaku dua tahun lalu juga menyebabkan berat badan Chi Herng me­ningkat daripada 100 kilogram (kg) kepada 250kg iaitu pertambahan seba­nyak 150kg.

    Kho berkata, anaknya itu juga suka makan makanan bergo­reng seperti ayam goreng, mi goreng, minum air berkarbonat serta manis dalam tempoh tersebut.

    Bagaimanapun, jelasnya, Chi Herng dilahirkan normal dengan berat sekitar 3.2kg tetapi pada zaman persekolahan dia mempunyai saiz badan lebih besar berban­ding rakan sebayanya.

    “Ramai kenalan dan saudara-mara menasihatkan dia untuk mengurangkan makan namun Chi Herng tidak mempedulikan nasihat itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berat Badan Naik Sejak Sakit Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top