My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 23 September 2016

    Video : Dari Hanya Sekadar Filem Khayalan Kepada Dunia Realiti



    Jika ditanya kepada semua peminat filem di seluruh dunia, antara filem yang mereka minati adalah filem Transformer yang memaparkan deretan kereta mewah, pacuan empat roda canggih serta aksi perperangan antara robot yang cukup mengagumkan.

    Malah watak Bumblebee, Optimus Prime, Jazz, Megatron dan Ironhead lebih dikenali berbanding watak utama filem berkenaan, Shia Labeouf. Populariti semua robot-robot berkenaan hanya boleh diatasi dengan penampilan heroin dalam filem berkenaan seperti Megan Fox dan Rosie Huntington-Whiteley.

    Pastinya, setiap pencinta kereta, amat mendambakan kewujudan kereta Chevrolet Cammaro mahupun Porsche yang dipaparkan dalam filem berkenaan. Menerusi kereta berkenaan, maka lahirlah watak Bumblebee dan Jazz yang menjadi sekutu kepada Optimus Prime di pihak Autobots.

    Mungkin penantian berkenaan bakal menjadi kenyataan apabila sekumulan jurutera Turki telah berjaya menghasilkan robot gergasi Transformer dari sebuah kereta BMW. Menerusi beberapa gambar yang disiarkan, robot berkenaan lengkap dengan tangan dan kaki dan paling menarik, untuk merubah BMW berkenaan menjadi robot, anda hanya perlu menekan satu butang sahaja.



    Dalam beberapa saat, pintu kereta berkenaan akan terbuka dan menjulur menjadi dua bilah seperti tangan. Kemudian, muncul kepala robot dari bumbung kereta dan sekaligus membentuk jentera yang kelihatan garang.

    Untuk menghasilkan ciptaan mengagumkan ini, seramai 12 orang jurutera dan empat juruteknik dari syarikat Letvision telah mengambil bahagian. Setakat hari ini, apa yang telah diciptakan mereka ini adalah pada peringkat prototaip dan masih belum lagi di jual di pasaran terbuka.

    Namun begitu, syarikat berkenaan merancang untuk menjual "Transformer" mereka pada masa hadapan. Walau bagaimanapun syarikat berkenaan belum lagi menetapkan harga bagi setiap model ini. Malah, model ini masih belum memperolehi kebenaran untuk dipandu di jalanraya tetapi terdapat rancangan untuk melengkapkan model ini dengan enjin elektrik.

    Walaupun robot ini mempunyai kaki, namun ianya tidak dapat berjalan seperti yang digambarkan menerusi filem Transformer. Namun syarikat berkenaan memberi jaminan untuk menambah fungsi berkenaan jika ada yang sanggup membayarnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Video : Dari Hanya Sekadar Filem Khayalan Kepada Dunia Realiti Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top