My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 24 September 2016

    Empat Perompak Don Tiger Maut




    Kumpulan penjenayah yang juga anggota kongsi gelap paling dikehendaki di Perak iaitu Geng Don Tiger berkubur selepas ketua kumpulan itu bersama tiga anggotanya terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Ampang berhampiran Balai Polis Tambun di sini malam kelmarin. 

    Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, kumpulan Don Tiger dikesan aktif melakukan jenayah samun menggunakan senjata api di sekitar bandar raya ini dan Kampar sejak 27 Ogos 2015 dengan kerugian dianggarkan mencecah RM1 juta.

    Dalam kejadian pada pukul 10.50 malam itu, kereta pe­ronda polis telah terserempak dengan kereta Honda Accord dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan.

    “Polis mengejar kereta tersebut sejauh kira-kira 300 meter bagi membuat pe­periksaan namun terkejut apabila terdengar satu tembakan dilepaskan ke arah ken­deraan polis,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Empat Perompak Don Tiger Maut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top