My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 27 September 2016

    RUU 355 : Ujian Bagi Melihat Kesepakatan umat Islam



    Pada bulan hadapan, perbentangan persendirian yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penggubalan Rang Undang-Undang Syariah bakal dilakukan. Pada persidangan yang lepas, usul ini disokong penuh oleh dua Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mahu melihat Rang Undang-Undang Syariah ini di perkasakan semula.

    RUU ini sebenarnya sedikit sebanyak telah menimbulkan polemiknya yang tersendiri. Malankan tidak, secara tiba-tiba, kaum lain yang langsung tiada kena mengena dengan Rang Undang-Undang ini, bangkit menentang. Lebih menyedihkan, ada dikalangan Ahli Parlimen Pembangkang yang beragama Islam, dilihat seperti enggan memberi sokongan terhadap usaha Datuk Seri Abdul Hadi ini.

    Bagi pihak UMNO pula, semua Ahli Parlimennya dikhabarkan tiada masalah untuk menyokong usul ini. Ketika ditanya kepada beberapa orang Ahli Parlimen UMNO, mereka mengakui bahawa Rang Undang-Undang Syariah ini harus diperkasakan sesuai dengan peredaran zaman. Justeru, mereka menganggap, apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Abdul Hadi ini, tepat.

    Malah, Allahyarham Datuk Dr Haron Din sendiri pernah menyatakan, beliau berharap RUU ini akan jadi pemangkin untuk menyaksikan, buat pertama kalinya, umat Islam tanpa memperdulikan apa jua fahaman politik, bersatu dalam meneguhkan syariat Islam di negara ini. Sememangnya, inilah hasrat beliau sejak dilantik menjadi Mursyidul Am PAS pada tahun lalu.

    Persoalannya, adakah semua umat Islam di negara ini akan menyetujui perbentangan ini? Jika dilihat dari kecenderungan umat Islam di negara ini, masing-masing amat mudah dipengaruhi oleh dakyah politik. Sepatutnya, RUU ini tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Ia lebih kepada pemerkasaan semula undang-undang syariah yang boleh dianggap sudah lapuk.

    Namun begitu, andai RUU ini berjaya diluluskan, ianya menjadi petunjuk jelas bahawa umat Islam di negara ini sememangnya mahu melihat perpaduan Ummah seperti yang dihasratkan oleh ramai pihak termasuk Allahyarham Datuk Harun Din, mungkin bakal terlaksana. Mengambil ulasan Mufti Wilayah Persekutuan, RUU ini sebenarnya adalah untuk memperkasakan syiar Islam di Malaysia.

    Paling menarik untuk disaksikan bagaimana reaksi Perdana Menteri berhubung isu ini. Dalam satu reaksi, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri dilihat seperti menyokong penuh usul pemerkasaan semula RUU syariah ini. Ia menandakan bahawa, walaupun berlainan idealogi politik, namun apabila menyentuh tentang Islam, beliau sanggup menyokong penuh sebarang usaha untuk memperkasakan RUU syariah.

    Jika masih ada dikalangan umat Islam sendiri yang menolak pemerkasaan RUU Islam ini, sememangnya hati mereka telah digelapkan dengan dakyah kotor politik yang disebarkan semenjak DAP menguasai pakatan pembangkang di Malaysia hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: RUU 355 : Ujian Bagi Melihat Kesepakatan umat Islam Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top