Disaat seluruh negara sedang meraikan hari Malaysia kali ke 53, negara dikejutkan dengan pemergian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.10 pagi (waktu tempatan) di Hospital Stenford, California, Amerika Syarikat.
Nyata sekali, pemergian tokoh ulama ini cukup dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Beliau yang telah ke Amerika Syarikat baru-baru ini untuk melakukan pembedahan pintasan jantung, berada dalam keadaan kritikal lewat petang semalam. Hal ini telah disahkan menerusi akaun Facebook pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Beliau juga dikenali sebagai pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'). Dalam bidang politik, sepanjang beliau menyertai PAS, beliau adalah antara ulama yang cukup sederhana. Beliau jarang menimbulkan kontroversi serta membawa idealogi berpolitik secara ekstream.
Bagi beliau, biarpun berlainan fahaman politik, asas utama bagi umat Islam di negara ini adalah kalimah syahadah yang sama. Justeru, sepanjang menjadi Mursyidur Am, beliau sentiasa menitik beratkan perpaduan dikalangan ummah dan antara yang paling dikenang adalah, kesediaan beliau membawa PAS bersatu dengan UMNO atas alasan perpaduan ummah.
Menerusi beliau, lahirlah lorong yang selama ini cuba ditutup oleh para pentaksub Anwarinas dalam PAS bagi menyaksikan buat kali pertama sejak lebih 60 tahun yang lalu, PAS dan UMNO boleh duduk semeja membincangkan perpaduan ummah serta hala tuju negara yang lebih kepada fahaman Islamik yang sederhana.

Sepanjang hayatnya, selain menubuhkan Darussyifa', beliau juga telah melahirkan lebih 20 buah buku yang menjurus kearah penerangan Islam secara sederhana dan menyeluruh. Beliau yang mempunyai Ph.D Syariah dari Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974) ini juga sentiasa akan hadir kesetiap majlis ilmu dimana sahaja beliau diijemput.
Justeru, tidak hairanlah andai ada pihak yang melabelkan beliau sebagai sumber rujukan ilmu Islam tanpa mengira apa jua fahaman politik. Memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976), semasa hayatnya, pelbagai pangkat dan jawatan telah diberikan kepadanya memandangkan beliau antara insan berilmu yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.
Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang mahu dicatatkan tentang Allahyarham. Dari pemerhatian penulis yang pernah bertentang mata sebanyak 4 kali dengan Allahyarham, beliau merupakan seorang yang cukup tentang dan tajam dalam menyuarakan pendapat.
Pertemuan terakhir penulis dengan Allahyarham benar-benar menyentuh perasaan kerana beliau menzahirkan perasaan sedih dengan perpecahan ummah yang berlaku di Malaysia. Beliau menyifatkan, sudah tiba masanya untuk umat Islam di Malaysia kembali bersatu tanpa mengira lagi apa jua fahaman politik.

Beliau sentiasa mendoakan, agar Malaysia akan sentiasa kekal dengan Islam menjadi agama tunggak negara. Bagi beliau, perpecahan yang berlaku hanya akan merugikan umat Islam negara ini. Politik hanya untuk menentukan siapa pemerintah, namun, disisi Allah, hanya perpaduan ummah dan menjaga saudara seagama sahaja yang dipandang.
Hajatnya cuma satu, mahu menyaksikan perpaduan ummah kembali wujud diantara UMNO dan PAS bagi membolehkan corak pentadbiran Islam sepenuhnya dapat ditegakkan. Nampaknya, apa yang diluahkan Allahyarham kepada penulis tahun lalu mungkin bakal tertangguh atau mungkin akan berjaya. Malangnya, beliau tidak dapat menyaksikan usahanya mungkin akan direalisasikan kelak.
Kami benar-benar terasa kehilangan seorang tokoh ulama terulung di Malaysia....
Al Fatihah untuk Tuan Guru Datuk Dr Haron Din. Salam takziah untuk warga PAS dan Darussyifa'.
0 comments:
Post a Comment