My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 20 September 2016

    Padah Tipu Cinta Doktor Muda



    Kelicikan seorang wanita yang menyamar di aplikasi media sosial untuk memperdaya se­orang doktor muda sehingga sanggup menyerahkan RM74,250 bagi urusan majlis perkahwinan mereka akhirnya memakan diri apabila dia dijatuhi hukuman penjara 21 tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. 

    Majistret Norina Maludin menjatuhkan hukuman ter­sebut dan denda sebanyak RM10,000 ke atas Siti Latifah Mohd. Said, 29, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pendakwaan ke atas kes yang berlaku dua tahun lalu itu.

    Wanita dari Telok Mas di sini itu didakwa atas tujuh pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

    Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, Siti Latifah yang menyamar sebagai Khalisya Najwa didakwa memperdaya seorang lelaki berusia 28 tahun sehingga mangsa menyerahkan wang berjumlah RM74,250 yang dilakukan sebanyak tujuh kali di tiga lokasi berasingan di Ayer Keroh antara 7 Oktober dan 3 November 2014.

    Ketika kejadian mangsa bertugas sebagai doktor di Hospital Melaka. Difahamkan Siti Latifah sebenarnya menyamar dengan dua watak berbeza untuk memperdayakan doktor lelaki itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Padah Tipu Cinta Doktor Muda Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top