My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 26 September 2016

    Pesara Guru Dibunuh Oleh Rakannya



    Seorang pesara guru dibunuh di rumah kediamannya di Kepayan Ridge di sini Jumaat lalu. Ngui Lim Kiau, 64, adalah seorang bekas guru di SJKC Shantao, Austral Park ditemui mati dengan kesan tikaman di belakang mangsa di ruang tamu rumahnya pada kira-kira jam 3 petang. 

    Mangsa dipercayai ditikam dengan sebilah pisau oleh jirannya yang dipercayai mempunyai masalah mental. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, polis turut berjaya menahan suspek kejadian iaitu seorang wanita berusia 65 tahun di lokasi kejadian.

    “Polis turut berjaya menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu iaitu sebilah pisau sepanjang lapan inci,” katanya. Katanya, siasatan awal mendapati bahawa suspek telah pergi ke rumah mangsa selepas dijemput oleh mangsa pada kira-kira jam 2 petang.

    “Kedua-dua mangsa dan suspek adalah kawan dan sudah menjadi jiran lebih daripada lima tahun dan mereka sering menghabiskan masa bersama. Polis percaya kejadian itu terjadi apabila kedua-dua mereka sedang bersembang sehinggalah suspek marah akibat salah faham.

    “Salah faham itu menyebabkan suspek mengeluarkan pisau dari poketnya dan terus menikam belakang mangsa, enam inci di bawah kepala,” katanya.

    Chandra berkata, suspek membawa pisau kerana pada mulanya suspek hendak memotong daun pisang di belakang rumahnya tetapi mangsa menjemput suspek ke rumahnya. Katanya, setelah sedar bahawa suspek menikam kawannya, suspek cuba untuk membantu menyelamatkan mangsa dan memanggil abangnya untuk mendapatkan bantuan.

    Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia apabila pasukan polis tiba di lokasi kejadian pada jam kira-kira 4.20 petang. Chandra berkata, suspek turut terkilan dengan tindakannya sehingga menyebabkan suspek bertindak mencederakan dirinya dengan cubaan mengelar pergelangan tangan dan lehernya tetapi dihentikan oleh jiran yang lain.

    Chandra juga percaya suspek itu juga pernah mendapatkan rawatan perubatan dengan pakar psikiatri dan baru-baru ini dilepaskan daripada Hospital Mesra Bukit Padang. “Polis sudah menahan suspek dan akan merujukkan kepada Hospital Mesra Bukit Padang untuk tindakan lanjut. “Kes ini akan disiasat berdasarkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pesara Guru Dibunuh Oleh Rakannya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top