My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 28 September 2016

    ZenFone 3 Max Tahan Lama


    TELEFON pintar ASUS ZenFone 3 Max membolehkan penggunaan tempoh panjang tanpa pengecasan selain keupayaan beroperasi sebagai ‘power bank’ dengan pengecasan pantas. 

    Dengan bateri berkapasiti tinggi 4100mAh, model terbaru dalam siri ASUS ZenFone 3 ini yang membolehkan bateri tahan sehingga 30 hari dalam mod sedia, 20 jam waktu menelefon melalui 3G, 20 jam waktu pelayaran dengan Wi-Fi di 4G/LTE, 87 jam mainan muzik dan 15 jam untuk mainan video.

    Lima mod bateri

    Batteri 4100 mAh ZenFone 3 Max terdiri daripada sel lithium-polimer berkepadatan tinggi yang direka khusus untuk ditempatkan dalam ruang kecil. Dengan bantuan bateri berkuasa dan pemproses yang cekap, ZenFone Max sesuai digunakan dalam masa yang lama.

    Bagi mempertingkatkan kemampuan pemuliharaannya, ZenFone 3 Max turut menawarkan lima mod bateri yang membolehkan pengguna mengawal selia penggunaan kuasa mengikut keperluan.

    • Prestasi: Menetapkan CPU pada prestasi tertinggi dan memaksimumkan kecerahan skrin. Mod ini sesuai untuk mainan video secara online.
    • Normal: Mod ini menyesuaikan prestasi CPU dan kecerahan skrin secara bijak bagi menjimatkan tenaga bateri.
    • Penjimatan tenaga: Selain penyesuaian automatik prestasi CPU dan kecerahan skrin, ia mematikan rangkaian data dan WiFi apabila peranti ditutup bagi penjimatan yang optima. Ia menyambung akses apabila skrin dihidupkan semula. Mod ini sesuai digunakan ketika tidur kerana ia menghentikan semua pemberitahuan online sehinggalah dihidupkan semula.
    • Penjimatan Super: Ia berfungsi seperti mod Penjimatan Tenaga tetapi menutup terus semua fungsi rangkaian kecuali telefon, SMS dan penggera bagi memberi mod bersedia yang lebih lama. Ia memanjangkan mod sedia ZenFone 3 Max sehingga 36 jam walaupun kuasa bateri berbaki 10 peratus.
    • Pilihan Sendiri: Pengguna boleh memilih sendiri untuk semua tetapan (setting), termasuklah prestasi CPU, kecerahan dan fungsi rangkaian.

    Guna sebagai powerbank

    ZenFone 3 Max mampu menjalankan fungsi sebagai powerbank untuk mengecas peranti lain. Dengan penggunaan kabel USB on-the-go (OTG) yang dibekalkan, ZenFone 3 Max boleh mengecas peranti lain dalam satu daripada dua mod.

    Pilihan pertama mengecas peranti dengan arus standard sehingga 0.5A. Apabila pilihan Pengecasan Berbalik Pantas dipilih, fungsi lain telefon dimatikan bagi menjadikannya powerbank yang boleh mengeluarkan arus pengecasan berkelajuan tinggi yang mencecah 1.5A, bergantung kepada penarikan kuasa oleh peranti yang dicas.

    Dalam mod ini, ZenFone 3 Max masih boleh memantau aras cas dan tidak akan membenarkan baterinya sendiri menyusut sehingga di bawah 30 peratus.

    Rakaman gambar

    Kamera PixelMaster 13MP bagi ZenFone 3 Max mempunyai lensa apertur/bukaan f/2.0 yang boleh mengambil gambar beresolusi tinggi yang menakjubkan dengan sela pengatup sifar.

    Manakala mod Cahaya Rendahnya mendahului dalam industri dengan teknologi cantuman piksel yang boleh mengambil gambar berkecerahan 400 peratus di waktu malam dan suasana pencahayaan rendah tanpa penggunaan ‘flash’.

    Mod Cahaya Belakang (Super HDR) pula boleh mengecap penglihatan yang jelas walau apabila berdepan bayang-bayang di siang hari, manakala mod Resolusi Super pula mengambil imej terperinci pada resolusi sehingga 52MP.

    Ciri-ciri lain

    ZenFone 3 Max turut dilengkapi dengan pemproses 64-bit empat teras MediaTek MT6737T yang berkuasa. Ia digabung dengan pemproses grafik Mali T720 yang memastikan tindakbalas sistem kekal cemerlang dan mampu menjalankan sebarang permainan termasuk yang mempunyai kesan grafik yang intensif.

    Ia turut mempunyai radio LTE Kategori 4 bagi merealisasikan kelajuan muat turun mudahalih dengan kepantasan yang mencecah 150Mbps. ZenFone 3 Max juga mempunyai pengimbas cap jari yang ditempatkan di bahagian atas panel belakangnya, sekaligus membolehkan jari telunjuk pengguna mencapainya dengan selesa.

    Teknologi pengimbas cap jari ini memudahkan proses pembukaan operasi telefon, ia juga boleh digunakan untuk proses pengesahan oleh aplikasi-aplikasi lain. Lima cap jari boleh didaftarkan dan kesemuanya boleh dikenal pasti tanpa mengira arah jari yang diletakkan pada pengimbas berkenaan. 

    Ia juga memiliki rangka logam penuh aloi aluminium yang menempatkan paparan IPS 5.2-inci berdefinisi tinggi dan ‘bezel’ nipis berukuran 2.25mm yang memberikannya nisbah rangka ke skrin yang tinggi sebanyak 75 peratis.

    Hasilnya, pengguna beroleh skrin seluas yang mungkin untuk telefon yang bersaiz kompak sepertinya. Walaupun ZenFone 3 Max mempunyai bateri berkapasiti tinggi, beratnya hanya 148 gram dengan ketebalan 8.5mm, sekaligus menjadikan ia antara telefon pintar paling ringan dan kompak dengan bateri yang melebihi kapasiti 4000mAh.

    ZenFone 3 Max menampilkan binaan aloi aluminium terbaru yang cantik dengan elemen rekaan yang menyerlah keanggunannya dan menjadikan ia selesa untuk dipegang.

    Ini termasuklah rangka utama dengan permukaan ‘matte’ yang telah diperhalus dengan bagas pasir, sudut melengkung, pinggiran lencongan metalik dengan potongan berlian mengelilingi paparan yang memiliki sudut berkontur 2.5D.

    ZenFone 3 Max boleh didapati dalam tiga warna menarik yang sesuai dengan penampilan anda iaitu ‘titanium grey’, ‘glacier silver’, dan ‘sand gold’. Maklumat lanjut di http://store.asus.com/my/category/B7163
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ZenFone 3 Max Tahan Lama Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top