My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 26 September 2016

    DAP Enggan Lagi Bersekutu Dengan Anwar?



    Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di pihak pembangkang, antara parti yang sentiasa cuba menggunakan pengaruh yang ada pada Anwar adalah DAP. Selama berbelas tahun, DAP memomokkan orang melayu dengan mengatakan, mereka akan sentiasa menyokong perjuangan Anwar sehinggalah Anwar akhirnya dilantik menjadi Perdana Menteri.

    Lebih hebat lagi, DAP turut memasang strategi dengan memikat PAS untuk bersama-sama mereka dalam usaha menumbangkan kerajaan melalui pakatan Barisan Alternatif. Pakatan ini dilanjutkan sehingga tertubuhnya Pakatan Harapan pada 2008 dimana akhirnya, PAS menyedari, parti mereka hanya dijadikan tunggangan DAP dan seterusnya meninggalkan Pakatan ini pada tahun lalu.

    Selama berbelas tahun inilah DAP sentiasa berada disisi Anwar, samada ianya benar-benar memberi sokongan atau hanya lakonan semata-mata. Dari kerjasama inilah, ramai dikalangan kaum Melayu bertukar menjadi "hamba politik" DAP walaupun pada satu ketika dahulu, parti ini amat dibenci oleh orang-orang Melayu.

    Namun, setelah berbelas tahun menumpahkan kesetiaan mereka kepada Anwar, wujud perkhabaran yang mengatakan, DAP enggan lagi bekerjasama dengan Anwar dalam apa jua bentuk sekalipun. Alasan yang diberikan, Anwar gagal membawa 3 kali pakatan pembangkang menewaskan Barisan Nasional pada 3 Pilihan Raya Umum yang lalu.

    Disebalik keengganan DAP bekerjasama dengan Anwar, mereka dikhabarkan akan sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan PKR dan PAN tanpa penglibatan Anwar. Ini ditambah lagi dengan kebimbangan bahawa kerajaan Pakatan Harapan mungkin akan tewas pada PRU ke 14 setelah persempadanan semula, penolakan ini amat mudah difahami.

    Walaupun DAP sedar bahawa Anwar masih mempunyai pengaruhnya yang tersendiri, namun DAP sedar, pengaruh yang dibawa oleh bekas musuh ketat Anwar, Tun Dr Mahathir sebenarnya lebih menguntungkan mereka. Pada perkiraan DAP, apa yang dilakukan Mahathir menerusi Pribumi dapat melemahkan UMNO memandangkan ahli Pribumi sendiri dianggotai oleh bekas ahli UMNO sendiri.

    Peluang inilah yang mahu direbut DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Nampaknya, ada kemungkinan besar, Anwar bakal sekali lagi di khianati oleh Mahathir secara senyap. Lebih mengharukan, sekutunya sejak sekian lama juga mungkin bakal beralih arah. Apa lagi yang tinggal kepada Anwar sebaik sahaja dilepaskan kelak?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: DAP Enggan Lagi Bersekutu Dengan Anwar? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top