MASIH belum reda dengan kisah perceraian pasangan pelakon popular Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie. Selepas memfailkan cerai pada minggu lalu, kisah tersebut terus mendapat perhatian masyarakat dunia yang rata-ratanya memberi respon simpati, malah tidak kurang melemparkan komen jelik.
Namun, satu perkara lagi yang menggemparkan tentang pasangan berkenaan adalah laporan yang dikeluarkan portal Daily Mail baru-baru ini. Laporan tersebut mendakwa, Brad Pitt kini berada di bawah pengawasan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana didakwa melakukan penderaan terhadap anak-anaknya.
Satu sumber memberitahu, telah berlaku pertengkaran di antara aktor filem Meet Joe Black itu dengan anak lelakinya, Maddox ketika mereka dalam penerbangan pulang dari Perancis baru-baru ini. Punca pertengkaran tersebut tidak dapat dipastikan, Pit juga dilaporkan tidak menggunakan kekerasan terhadap Maddox.
“Sebagai tindak balas kepada laporan dalam bidang kuasa pesawat Amerika Syarikat berkaitan Brad Pitt dan anak-anaknya, pihak FBI akan mengumpul fakta dan menilai sama ada siasatan di peringkat persekutuan akan dilaksanakan,” ujar satu sumber FBI.
Khamis lalu, beberapa kenderaan polis dilaporkan berada di kediaman pasangan itu yang terletak di Hollywood Hills, Los Angeles. Malah, terdapat juga beberapa laporan lain yang membongkar hubungan dingin pasangan tersebut sebelum Jolie memutuskan untuk memfailkan perceraian mereka pada Isnin minggu lalu.
Terbaharu, beberapa keping gambar pasangan itu dalam keadaan sedang bertengkar mula tersebar di internet. Gambar yang dirakam sekitar Oktober tahun lalu tersebut menunjukkan Pitt dan Jolie sedang membawa keenam-enam anak mereka bercuti di Legoland, Windsor Resort, England.
Kedua-duanya seperti sedang bertengkar dan raut wajah mereka jelas menunjukkan kemarahan dan tidak gembira. “Saya tidak dapat mendengar perbualan mereka dan tidak tahu mereka sedang bergaduh. Saya hanya menyedarinya selepas membelek semula gambar lama
“Pada waktu itu, Pitt dan Jolie tidak mesra dan muka mereka dalam keadaan tertekan,” ujar satu sumber kepada The Sun Online.
0 comments:
Post a Comment