My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 21 September 2016

    Apa Lagi Tindakan Mahathir Setelah Gagal Yakinkan YDPA?





    Tiada apa yang menjadi rahsia lagi apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamatnya untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dan menghancurkan UMNO. Seperti orang kemaruk kuasa, siapa sahaja yang dilihat boleh memberi keuntungan kepadanya, pasti akan digunakan Mahathir asalkan hasratnya tercapai.

    Sebut sahaja apa jua gerakannya, samada menghasut pemimpin UMNO, menghasut rakyat, mereka-reka cerita tentang sesuatu yang tidak betul, mengheret pihak luar terutamanya dari Amerika Syarikat, semuanya telah beliau lakukan. Terbaru, beliau cuba untuk mengheret institusi istana dalam nafsu politiknya.

    Langkah beliau yang menghadap Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah untuk menyerahkan 1.5 juta tandatangan yang terkandung dalam Deklarasi Rakyat baru-baru ini membuktikan keazaman Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

    Memang tiada siapa yang mengetahui apa yang mereka perbincangkan selain daripada khabar angin yang mengatakan Baginda Sultan bertanya tentang kesahihan tandatangan berkenaan serta adakah ianya kemahuan rakyat keseluruhannya. Namun, hari ini, persoalan apa yang berlaku di Istana Bukit Malut di Langkawi, akhirnya terjawab.

    Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib memberitahu, beliau dimaklumkan oleh pihak Istana, bahawa Baginda Sultan menolak sebarang usaha untuk menjatuhkan kedudukan Perdana Menteri selain daripada amalan demokrasi. Ini bermakna, Baginda telah menolak sebarang usaha Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

    Malah baginda juga menegaskan, baginda enggan mencampuri sebarang urusan dan usaha yang digerakkan oleh Mahathir dan parti barunya, PPBM hanya untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan.

    Setelah Yang DiPertuan Agong secara terang-terangan menolak sebarang usaha yang dilakukan oleh Mahathir dan PPBM, apa lagi pilihan yang beliau ada? Ini kerana, segala gerakan telah beliau lakukan untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib menemui jalan buntu. Satu persatu usaha songsangnya menemui kegagalan secara nyata.

    Mungkin, beliau hanya boleh mengharapkan rali demo BERSIH sebagai salah satu jalan untuk beliau menjatuhkan Perdana Menteri. Lagipun, beliau telah bertemu hampir semua orang kuat BERSIH dan pastinya, akan ada gerakan luar biasa untuk menjadikan usahanya menjadi nyata.

    Ditambah pula dengan kenyataan Maria Chin yang secara terang-terangan mahu menjadikan demo BERSIH 5 ini sebagai medan untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Mungkin ini yang boleh diharapkan oleh Mahathir dan para pentaksubnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Lagi Tindakan Mahathir Setelah Gagal Yakinkan YDPA? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top