My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 24 September 2016

    Korea Selatan Enggan Bantu Bencana Banjir Di Korea Utara




    Korea Selatan semalam menolak untuk membantu Korea Utara yang dilanda banjir, dipercayai sebagai terburuk sejak Perang Dunia Kedua. Jurucakap Kementerian Perpaduan, Jeong Joon-hee memberitahu, jika Seoul memberikan bantuan, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un akan mengambil kredit kepada semua pertolongan tersebut.

    “Ketika Pyongyang mendakwa berdepan dengan bencana terburuk selepas Perang Dunia Kedua, Jong-un pula masih mampu tersenyum lebar di tapak kawasan percubaan enjin roket,” ujarnya pada Rabu lepas.

    Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) merayu disalurkan dana kecemasan sebanyak AS$15.5 juta (RM63.6 juta) untuk membantu penduduk Korea Utara.

    Sekurang-kurangnya 138 orang mangsa dipercayai terkorban dan sekurang-kurang­nya 400 lagi hilang selepas hujan lebat sehingga menyebabkan banjir, memusnahkan perkampungan di utara Pyongyang, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lepas.

    Menurut PBB, seramai 140,000 orang memerlukan bantuan akibat banjir itu, manakala IFRC menyatakan 70,000 penduduk hilang tempat tinggal selepas ribuan rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Korea Selatan Enggan Bantu Bencana Banjir Di Korea Utara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top