My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 26 September 2016

    Dua Pelancong China Maut Nahas




    Dua pelancong lelaki warga China maut selepas kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang mereka naiki merempuh sebuah lori di Kilometer 88, Jalan Sibu-Bintulu di sini semalam. 

    Dalam kejadian pukul 12.55 tengah hari itu, Luo Chang Jun, 45, maut di tempat kejadian manakala Guo Liang, 25, me­ninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Klinik Ke­sihatan Tatau di sini. Pemandu lori pula, Mancha Sulang, 35 sekadar mengalami kecederaan ringan.

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Kontinjen negeri, Deputi Superintendan Alexson Naga berkata, kemalangan berpunca apabila Chang Jun yang memandu Toyota Hilux itu gagal mengawal kenderaannya ketika melalui jalan lurus di kawasan tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Pelancong China Maut Nahas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top