Hampir sedekad berlalu, filem baru mengisahkan raksasa popular ciptaan Jepun, Shin Godzilla atau Godzilla Resurgence masih menerima sambutan hangat dan berjaya mendominasi box office di negara matahari terbit itu pada Julai lalu.
Mencatatkan kutipan jualan tiket sebanyak RM25.27 juta pada hujung minggu pertama tayangan, Shin Godzilla terbitan Toho adalah filem ketiga pembikinan semula kisah raja segala raksasa itu dalam francais Godzilla.

Raksasa kali ini juga berganda lebih besar dan gagah dalam sejarah Godzilla iaitu pada ketinggian 118.5 meter. Bagi menampakkan pergerakan Godzilla lebih ‘hidup’, Higuchi mengabungkan teknik penjanaan komputer (CGI), teknologi mengesan pergerakan dengan kaedah tradisi menghasilkan kesan.
Tidak bergantung sepenuhnya dengan teknologi moden, pelakon memakai kostum Godzilla turut digunakan dalam rakaman babak serangan bandar miniatur. Higuchi antara pakar kesan khas terbaik Jepun dan pernah menggunakan teknik itu ketika mengarahkan filem adaptasi manga negara itu, Attack on Titan.

“Bukan saya membuat keputusan dan anda perlu tanya Toho mengenainya. Saya tiada masalah namun berasakan filem itu lebih menarik sekiranya Toho mengupah pengarah baru,” katanya.
Kini sibuk dengan pembikinan siri filem terakhir animasi Rebuild Of Evangelion, Anno mengakui, sekuel Godzilla mungkin menimbulkan masalah baginya. Shin Godzilla menampilkan barisan pelakon Hiroki Hasegawa, Yutaka Takenouchi dan Satomi Ishihara. Pembikinan filem berdurasi dua jam itu membabitkan produksi besar iaitu seramai 1,000 kru dan 329 pelakon.

Kerajaan bertindak melaksanakan mesyuarat kecemasan untuk menangani masalah itu dan mencari punca kemusnahan. Tidak lama kemudian, seekor raksasa gergasi muncul dan mula menyerang setiap bandar di Jepun.
0 comments:
Post a Comment