My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 20 September 2016

    Kisah Benar : Jual Orang Lebih Bagus Dari Bekerja Halal




    Pada tahun 1964, Allahyarham Tan Sri P Ramlee telah mengarahkan sebuah filem yang bertajuk, 3 Abdul. Kisah perseteruan antara adik beradik anak Ismet Ulam Raja ini sememangnya lucu terutama dialog yang dilontarkan oleh watak Husin Lempoyang yang mengatakan, "dunia, dunia. Jual manusia lebih untung dari menjual unta!".

    Pada waktu berkenaan, tiada siapa yang menyangka, dialog berkenaan akhirnya akan menjadi kenyataan hari ini. Inilah yang berlaku terhadap kebanjiran waarga asing di seluruh negara hari ini. Sebut sahaja dari mana, Indonesia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Vietnam, Laos mahupun negara-negara Afrika, mereka kini menjadikan negara ini sebagi lubuk untuk mencari rezeki samada halal ataupun tidak.

    Namun berapa ramai yang tahu hakikat sebenar bahawa kebanyakan pekerja asing ini sebenarnya adalah bahan dagangan di negara mereka sendiri? Seorang rakan penulis menceritakan kisah sebenar apa yang berlaku terhadap para pekerja Bangladesh yang "dieksport" ke Malaysia setelah membayar wang tambang dan sara hidup yang langsung tidak masuk akal.

    Beliau baru-baru ini berkesempatan mengunjungi Dhaka, ibu negara Bangladesh. Pada kesempatan berkenaan, beliau telah disajikan dengan kehidupan sebenar apa yang berlaku disana. Kita sebenarnya telah tertipu dengan imej Dhaka yang digambarkan sebagai sebuah ibu negara yang kotor dan daif.

    Hakikat sebenarnya, Dhaka adalah sebuah ibu negara yang lebih maju jika mahu dibandingkan dengan Lahore, Islamabad di Pakistan, Kathmandu di Nepal dan beberapa bandar lain di India. Siapa sangka di Dhaka terdapat hotel yang moden, deretan restoran mewah serta kedudukan perniagaan yang teratur. Cuma, di Dhaka, kesesakan jalan raya bukan disebabkan oleh kereta, tetapi disebabkan oleh beca.

    Namun bukan itu yang mahu digambarkan. Apa yang mahu digambarkan adalah, bagaimana seorang pekerja Bangladesh terpaksa menggadaikan segala harta yang ada termasuk tanah hanya untuk mencukupkan jumlah RM 13 ribu untuk diberikan kepada ejen yang membawa mereka ke negara luar untuk bekerja.

    Ya, RM 13 ribu untuk satu kepala diperlukan untuk membawa mereka keluar dari Bangladesh disaat pendapatan isirumah majoriti penduduk Bangladesh adalah RM 400 sebulan. Malah, ada yang mencecah RM 20 ribu upah yang diperlukan ejen jika mereka berada jauh dari ibu negara mereka.

    Ketika ditanya, kenapa terlalu mahal kos yang diambil ejen berkenaan untuk membawa mereka keluar? Jawapannya mudah, wang berkenaan digunakan untuk menyara mereka sementara menunggu mereka dibawa keluar dari Bangladesh, wang untuk tiket dan untuk ejen yang menunggu mereka di negara luar dan dalam kes ini melibatkan ejen pekerja asing dalam Malaysia.

    Menurut ejen berkenaan, purata keuntungan mereka menguruskan sesorang pekerja ini keluar dari negara berkenaan tidak kurang daripada RM 5 ribu satu kepala. Bayangkan, jika mereka menguruskan 100 orang untuk sebulan. Jadi tidak menghairankan, jika hari ini, antara cita-cita utama di kalangan remaja di negara berkenaan adalah, menjadi ejen pengeksport manusia ke negara lain!

    Sebaik sahaja mereka tiba di negara kedua, segala dokumentasi akan disiapkan oleh ejen yang membawa mereka masuk dan sekali lagi wang gaji mereka diperas untuk membayar dokumentasi ini secara bulanan. 

    Satu kelebihan warga Bangladesh ini adalah, mereka cukup rajin bekerja dan cukup pandai berjimat. Di satu kesempatan menemubual seorang pekerja Bangladesh yang menjadi juruwang bagi sebuah stesen minyak menceritakan segala-galanya. Menurutnya, antara kreteria mereka untuk dibenarkan dieksport ke negara luar adalah, pencapaian akademik mereka harus tinggi.

    Ini bermakna, ada diantara mereka mempunyai ijazah di negara mereka namun gagal untuk mendapatkan pekerjaan kerana kekurangan tempat. Di Malaysia menurut Bahadurahman, jika mereka menerima RM 1,500 sebulan, RM 1,000 akan dikirimkan ke kampung. RM 200 digunakan untuk membeli baju dan seluar dan RM 300 lagi digunakan untuk belanja harian. Ini bermakna, mereka hanya membelanjakan RM 10 sehari untuk menampung kehidupan.

    Menurutnya lagi, di Bangladesh, mereka hanya menerima RM 200 hingga RM 400 sebulan untuk menampung keperluan keluarga. Dengan bekerja di Malaysia, asalkan rajin, mereka mampu menjana pendapatan lebih dan sudah menjadi kemestian bagi pekerja dari Bangladesh, mereka harus rajib bekerja tanpa merungut kerana RM 1,500 cukup besar bagi mereka.

    Inilah hakikat sebenar disebalik pengambilan pekerja dari Bangladesh. Mereka sanggup makan nasi dan bawang untuk pergi kerja, membawa bekal dan makan bersama-sama dengan upah yang tidak seberapa. Namun bagi rakyat Malaysia, RM 5 ribu sebulan masih belum cukup dan pantas menunding kepada kerajaan kononnya menyusahkan rakyat. 

    Sepanjang berbicara dengan rakan penulis yang mengunjungi Bangladesh, sukar untuk mendengar rakyatnya menghentam Perdana Menteri mereka, Sheikh Hasina Wajed atas kesusahan mereka. Malah, Bahadurahman juga tidak menyalahkan kerajaan mereka. Sebaliknya, ketidak sepakatan antara rakyatnya menyebabkan mereka terpaksa pergi ribuan kilometer jauhnya dari kampung halaman untuk mencari rezeki. Renung-renungkanlah...
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kisah Benar : Jual Orang Lebih Bagus Dari Bekerja Halal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top