My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 25 September 2016

    Pemerdagangan Manusia: Lelaki Tempatan Ditahan



    Seorang penjaga premis sebuah pusat refleksologi di sini ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia membabitkan 16 rakyat asing di premis berkenaan. Dalam kenyataan di sini semalam, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Sabah SAC Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata lelaki tempatan berumur 44 tahun itu juga direman empat hari sejak kelmarin. 

    “Pada 23 Sept (semalam) jam 1.40 pagi, sepasukan polis dari JSJ Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu telah menjalankan serbuan di sebuah pusat refleksologi di Jalan Haji Yaakub, Kampung Air di mana maklumat mendedahkan beberapa orang warga asing telah dijadikan mangsa aktiviti pemerdagangan orang.

    “Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis menjumpai seramai 14 wanita rakyat China, seorang wanita Filipina dan seorang lelaki China di dalam sebuahbilik. Kesemua berumur antara 22 tahun dan 42 tahun,” katanya.

    Salehhudin berkata kes itu disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pemerdagangan Manusia: Lelaki Tempatan Ditahan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top