My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 25 September 2016

    Obama Veto Cadangan Saman Arab Saudi



    Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menggunakan kuasa vetonya untuk menyekat keluarga mangsa tragedi serangan 9/11 menyaman kerajaan Arab Saudi sekali gus mengundang kemarahan orang awam serta kritikan daripada Kongres. 

    Ketika menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mang­sa, Obama berkata, Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Kongres itu boleh menjejaskan kepentingan AS di luar negara. White House sebelum ini gagal memastikan undang-undang yang telah diluluskan sebulat suara oleh Kongres itu dimansuhkan atau sebahagian besarnya disemak semula.

    Sementara itu, Terry Strada yang suaminya, Tom terbunuh di Pusat Dagangan Dunia memberitahu AFP bahawa keluarga mangsa serangan 9/11 marah dan sangat kecewa dengan keputusan Obama. Dia berikrar bahawa mereka akan melobi semampu boleh agar Kongres membatalkan keputusan Presiden itu.

    Obama pada masa sama kini berdepan kemungkinan penggubal undang-undang daripada Parti Republikan dan Demokrat bergabung tenaga untuk mengatasi kuasa veto itu buat kali pertama dalam sejarah kepimpinan beliau.

    Kritikan yang disifatkan sumber Kongres sebagai boleh berlaku pada Selasa hadapan iaitu bulan terakhir Obama di pejabat menunjukkan White House semakin lemah. Obama telah mengeluarkan 12 kuasa veto semasa kepimpinan beliau dan tiada satu pun yang sebelum ini dibatalkan.

    Senator New York, Chuck Schumer daripada parti Demokrat dan mempunyai hubungan baik dengan Obama serta bertanggungjawab ke atas usul itu menegaskan keputusan tersebut akan diubah. “Ini adalah satu keputusan yang mengecewakan dan akan segera diubah oleh Kongres.

    “Jika Arab Saudi tidak me­lakukan apa-apa kesalahan, mereka tidak perlu takut dengan undang-undang ini. Sekiranya mereka bersalah dalam tragedi 9/11, mereka perlu bertanggungjawab,” katanya. Serangan 9/11 menyebabkan hampir 3,000 orang terbunuh.

    Sebanyak 15 daripada 19 pe­rampas kapal terbang dalam kejadian itu merupakan warga Arab Saudi tetapi mereka tidak dapat dibuktikan mempunyai kaitan dengan kerajaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Obama Veto Cadangan Saman Arab Saudi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top