My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 21 September 2016

    Tiada Sebab Untuk Menukar Ahmad Razif




    "Saya ingin menegaskan bahawa tiada sebab untuk saya menukar Menteri Besar Terengganu, Tuan Haji Ahmad Razif." Itulah nada tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika diminta mengulas desas desus yang mengatakan kedudukan Menteri Besar Terengganu mungkin akan ditukar semasa pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, hari ini.

    Desas desus itu tersebar di media-media sosial sejak akhir-akhir ini dengan mendakwa, Datuk Seri Mohd Najib akan melakukan perubahan pada pucuk pimpinan negeri Terengganu. Antara alasan yang dikemukakan adalah, Tuan Haji Ahmad Razif dikatakan gagal memimpin UMNO Terengganu dalam usaha mengukuhkan parti itu di Terengganu.

    Sebelum ini, dalam satu kenyataan Perdana Menteri, beliau menegaskan bahawa Tuan Haji Ahmad Razif akan kekal menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Pilihanraya Umum ke-14 dan sebarang khabar angin mengenai pertukaran adalah tidak benar dan hanya dicipta oleh musuh-musuh dalaman politik untuk menghuru-harakan kestabilan politik di Terengganu.

    Persoalannya, mengapa perlu mewujudkan sesuatu isu yang sudah dianggap selesai? Menurut beberapa analisis dibuat mengenai kedudukan Tuan Haji Ahmad Razif di Terengganu, mudah untuk disimpulkan bahawa ada dikalangan ahli politik UMNO negeri sendiri yang tidak mahu melihat Ahmad Razif kekal mengetuai negeri dalam menghadapi pilihan raya.

    Ini menjadikan apa yang disebarkan menerusi media sosial mengenai kedudukan beliau, jelas tidak mencerminkan hasrat dan niat Perdana Menteri terhadap Menteri Besar Terengganu dan tiga lagi menteri besar yang lain.

    Malah, Tuan Haji Ahmad Razif sendiri sudah berjanji, akan mentadbir negeri Terengganu sehingga habis penggal dan akan terus “move forward” serta memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat negeri Terengganu sentiasa menjadi keutamaan beliau. Beliau sedar, terdapat beberapa elemen yang menjurus kearah "pengusiran" beliau dari Wisma Darul Iman, namun beliau menyerahkan masa depan politiknya ketangan Perdana Menteri.

    Hari ini, Terengganu di bawah pentadbiran beliau, begitu pesat membangun dengan pelbagai program dan plan pembangunan telah dan sedang dijalankan untuk dinikmati oleh seluruh rakyat negeri Terengganu. Mungkin inilah yang dicemburui oleh musuh politik beliau sehingga tergamak mengada-adakan cerita berhubung masa depan Menteri Besar berkenaan.

    Justeru, marilah kita bekerjasama dan memacu negeri ke arah kemajuan. Jangan kita terlalu berpolitik sehingga mengabaikan kepentingan rakyat. Analisis hanya sebagai satu analisis. Analisis tidak semestinya menepati kehendak dan kemahuan. Malah, khabar angin juga bukan membantu membangunkan negeri. Biarlah masa depan politiknya ditentukan oleh Perdana Menteri dan rakyat Terengganu semasa Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Sebab Untuk Menukar Ahmad Razif Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top