My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 17 September 2016

    SPAD Pandang Serius Insiden LRT Tersekat Di Kelana Jaya




    Minggu lalu, negara dikejutkan dengan kerosakan teknikal yang berlaku pada jaringan pengangkutan LRT stesen Kelana Jaya yang mengakibatkan ribuan pengguna terjejas. Mengambil kira permasalahan ini, pihak SPAD telah mengarahkan penyegeraan audit bebas bagi menyiasat masalah ini.

    Disamping itu, pihak SPAD juga telah mengarahkan pihak Prasarana untuk menaik taraf laluan Kelana Jaya bagi menjamin tahap kebolehpercayaan perkhidmatan. SPAD cukup memandang serius insiden yang berlaku minggu lalu dan telah memulakan siasatan secara menyeluruh terhadap aspek-aspek teknikal dan bukan teknikal yang terlibat.

    Seperti yang diberitahu sebelum ini, pihak Prasarana diberi tempoh sehingga 21 September ini untuk menyerahkan laporan audit mereka kepada pihak SPAD. Pihak SPAD juga mengesahkan akan melantik juruaudit teknikal bebas pada kadar segera bagi melaksanakan penilaian terhadap aspek-aspek kebolehpercayaan, ketersediaan, penyelenggaraan, keselamatan dan keupayaan operasi LRT.

    Semua proses ini dijangka akan mengambil masa sehingga 3 bulan dimana langkah-langkah ini diperlukan bagi membolehkan penelitian terhadap isu-isu sistem yang tidak di litupi di dalam skop siasatan yang dilakukan oleh Prasarana. Ini melibatkan proses-proses semakan semula dan peningkatan penyelenggaraan aset bagi mencapai tahap kebolehpercayaan pengguna yang lebih tinggi.

    Prasarana juga telah diarahkan untuk memberi lebih penekanan terhadap pengesanan secara lebih proaktif dan melakukan penyelenggaraan pencegahan terhadap bekalan elektrik LRT serta penyelenggaraan tren bagi mengelakkan gangguan pada masa hadapan demi menyediakan perkhidmatan LRT yang boleh dipercayai oleh pengguna.

    SPAD juga telah mengarahkan Prasarana untuk melakukan tindakan pemulihan segera dengan mengerahkan usaha dan sumber maksimum untuk menaik taraf 15 pencawang kuasa di sepanjang laluan Kelana Jaya. Kerja-kerja tersebut dijangka siap sepenuhnya antara 3 hingga 6 bulan daripada tarikh perlaksanaan.

    Usaha-usaha ini penting untuk meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik kepada laluan Kelana Jaya dengan membekalkan kuasa yang mencukupi untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat, peningkatan penumpang pada masa hadapan dan juga bagi memanjangkan jangka hayat perkhidmatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPAD Pandang Serius Insiden LRT Tersekat Di Kelana Jaya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top