My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 20 September 2016

    Polis New York Buru Ahmad


    Polis menyiarkan gambar lelaki berusia 28 tahun, rakyat Amerika Syarikat berasal dari Afghanistan yang dikehendaki berhubung serangan bom yang menggemparkan Manhattan. Datuk Bandar New York Mayor Bill de Blasio menyatakan Ahmad Khan Rahami beralamat di Elizabeth, New Jersey, dianggap bersenjata dan berbahaya. 

    Gabenor Andrew Cuomo pula berkata, siasatan mendapati ada persamaan bom yang meletup semalam yang mencederakan 29 orang dengan beberapa lagi bom yang ditemui semalam dan hari ini.
    Hari ini, ejen FBI memeriksa apartmen di atas restoran ayam goreng di Elizabeth yang mempunyai hubungan dengan Ahmad, beberapa jam selepas satu daripada lima bom buatan sendiri yang ditemui, meletup dekat stesen kereta api ketika anggota skuad pemusnah bom mahu mematikannya.

    Semalam, de Blasio dan Cuomo enggan mengesahkan letupan bom itu adalah serangan pengganas namun berikutan perkembangan hari ini, pendirian mereka berubah. “Lebih banyak maklumat diperolehi, semakin menunjukkan ia dilakukan pengganas,” kata de Blasio. Cuomo pula berkata, pihak berkuasa semakin yakin serangan itu ada kaitan dengan kumpulan negara asing.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis New York Buru Ahmad Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top