My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 27 September 2016

    'Sengsara' Dalam Hutan


    Ahli keluarga mangsa culik di perairan Dent Heaven berhampiran Lahad Datu pada 18 Julai lalu merayu kerajaan menyelamatkan semua mangsa culik dengan selamat. 

    Hariyanti Hamsih, 31, isteri kepada Mohd Ridzuan Ismail yang menjadi mangsa culik berkata, dia menerima panggilan telefon daripada suaminya yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran telefon bimbit dari Filipina petang Isnin lalu. Menurut Hariyanti, dalam perbualan itu, suaminya meminta perkembangan terkini usaha membebaskan dia dan rakannya.

    “Kira-kira jam 3 petang, dia (Mohd Ridzuan) menggunakan telefon bimbit dipercayai milik anggota kumpulan Abu Sayyaf ada membuat ‘missed call’. Saya kemudian menghubungi nombor itu semula dan dia merayu supaya saya bertemu dengan majikannya dan pihak berkuasa untuk segera menyelamatkan mereka,” katanya.

    Hariyanti berkata, Mohd Ridzuan memaklumkan dia bersama rakannya kini ‘sengsara’ di bawah tahanan kumpulan Abu Sayyaf kerana kadang-kadang mereka tidak diberikan makanan dan minuman.

    “Tempat tinggal mereka juga tidak menentu apabila sering berpindah-randah di dalam hutan,” katanya. Terdahulu, pada 18 Julai lalu, polis menerima laporan terdapat kapal tunda Serudong 3 dinaiki semua mangsa ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Heaven berhampiran Lahad Datu.

     Empat daripada anak kapal berkenaan berasal dari Tawau iaitu Abdul Rahim Summas, 62, Tayudin Anjut, 45, Fandy Bakran, 26, dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, manakala Mohd Ridzuan Ismail, 32, berasal dari Jengka, Pahang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Sengsara' Dalam Hutan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top