My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 21 September 2016

    Komen Jelik, Rahim Didenda RM1,900


    Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik didenda RM1,900 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik terhadap Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menerusi akaun Facebook miliknya.

    Hakim Slamat Yahya turut memerintahkan Abdul Rahim, 65, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan itu dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda. Abdul Rahim membayar denda itu.

    Semasa menja­tuhkan hukuman, Slamat menegur perbuatan bekas Ketua Menteri Me­laka itu dan menyatakan Abdul Rahim sepatutnya menghormati serta memelihara institusi diraja yang dijamin di bawah Perlembagaan Per­sekutuan.

    Slamat turut mengingatkan Abdul Rahim supaya mengambil maklum aspek Raja Berperlembagaan dan memberi taat setia kepada sultan serta raja-raja di Malaysia. Mahkamah turut menasihati Abdul Rahim menjaga komen-komen yang dibuat di laman sosial selepas ini.

    Abdul Rahim didakwa me­lakukan kesalahan itu menggunakan akaun Facebook Rahim TambyChik di Istana Mestika, Jalan Permata 7/1 di sini, kira-kira pukul 8 pagi 25 September 2015.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Komen Jelik, Rahim Didenda RM1,900 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top