My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 16 September 2016

    Kematian Haron Din Jadi Sasaran Penghinaan



    Bagi kalangan umat Islam yang masih waras akal dan fikirannya, andai berlaku sesuatu kematian, tanpa mengira fahaman politik dan idealogi, pastinya kalimah "daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali" dan disulami dengan bacaan Al Fatihah.

    Bagi mereka yang bukan beragama Islam, sat ketika dahulu, tanpa mengira apa pun fahaman politik, mereka pasti akan bertafakur sejenak bagi menghormati jenazah. Inilah amalan rakyat Malaysia dahulu, sebelum kebangkitan bangsa-bangsa kurang ajar dalam Malaysia hari ini.

    Hari ini, disaat negara sedang menyambut Hari Malaysia kali ke 53, kita juga dirundung duka apabila tokoh ulama terkenal dan kekayaan ilmunya serta Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Stenford, California, Amerika Syarikat pada jam 10.10 pag, waktu tempatan.

    Berita ini jelas mengundang duka dikalangan umat Islam di negara ini tanpa mengira apa jua fahaman politik. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengambil inisiatif menyediakan sebuah jet persendirian untuk membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di Malaysia.

    Namun hasrat ini terpaksa dibatalkan berikutan permintaan arwah dan keluarganya untuk menyemadikan jenazah di California, sesuai dengan wasiat Allahyarham yang mahu jenazahnya di semadikan di mana beliau menemui ajalnya.

    Namun begitu, kesedihan umat Islam di negara ini seolah-olah diperolokkan oleh segelintir kaum Cina yang dipercayai penyokong kuat DAP dan pembangkang. Mereka sanggup menghina pemergian Allahyarham dengan pelbagai kata nista yang tidak sepatutnya diluahkan oleh mereka jika mereka benar-benar menghayati erti perpaduan antara kaum.

    Tidak terhenti di situ, ada juga segelintir penyokong parti Pribumi yang totok dak taksub menyembah Tun Dr Mahathir, turut sama bertindak menghina pemergian Allahyarham. Lebih menyedihkan, mereka ini adalah bersyahadah yang sama dengan Allahyarham dan berbilion lagi umat Islam di seluruh dunia, namun hati dan pemikirannya, jauh lebih jijik berbanding seekor khinzir.

    Nyata sekali, mereka ini ditenggelami oleh pengaruh politik yang tidak pernah mengenal erti ketuhanan, qada dan qadar serta perkara yang boleh dan tidak boleh dipolitikkan. Diakui, sikap dan pendirian Allahyarham cukup sederhana yang sentiasa mementingkan perpaduan dikalangan umat Islam. Disebabkan pendirian inilah, beliau sentiasa dicemuh oleh semua musuh politiknya, terutama sekali DAP.

    Mungkin hari ini hari mereka untuk menghina sepuas-puasnya kematian tokoh ilmuan Islam ini. Usah terkejut andai ada kematian dikalangan pemimpin DAP mahupun Pribumi, kematian mereka dijadikan bahan lawak dan lucu, sama seperti apa yang mereka lakukan pada hari ini. Cukup terkutuk perbuatan manusia-manusia yang level maruahnya lebih rendah dari seekor khinzir!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kematian Haron Din Jadi Sasaran Penghinaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top