My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 21 September 2016

    Didakwa Pecah Amanah RM8.9 Juta



    Bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), George @ Juaari Majid dituduh di Mahkamah Sesyen di sini melakukan pecah amanah melibatkan wang tunai berjumlah RM8.9 juta pada tahun 2013. 

    Turut didakwa ialah seorang pemilik sebuah syarikat ladang kelapa sawit, How Kim San, 55, yang dituduh bersubahat bersama George melakukan pecah amanah. Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

    George dituduh di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan melakukan pecah amanah apabila meluluskan wang berjumlah RM8,999,999.30 kepada Kim San. Kelulusan itu diberikan tanpa pengetahuan dan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah SLDB serta Menteri Kewangan Sabah. 

    Kesalahan itu dilakukan di pejabat SLDB, Jalan Kelapa Sawit, Kota Kinabalu antara 22 Mac 2013 hingga 14 Ogos 2013. Sementara itu, Kim San pula dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana bersubahat bersama George melakukan pecah amanah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Didakwa Pecah Amanah RM8.9 Juta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top