My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 23 September 2016

    Mamat Khalid Tak Cari 'Zombie'


    Pengarah terkenal Mamat Khalid menafikan dia ada kaitan dengan pencarian pelakon tambahan untuk penggambaran filem berjudul Zombietopia yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp, baru-baru ini.

    Mamat ketika dihubungi berkata, dia tidak terbabit langsung dengan filem itu dan hairan bagaimana namanya dikaitkan sebagai pengarah filem itu. "Mesej itu bukan daripada saya. Saya tiada kaitan langsung dengan filem itu, apatah lagi mencari pelakon tambahan," katanya.

    Antara kandungan mesej itu ialah mahu mencari pelakon tambahan sebagai ‘zombie’ untuk filem berjudul Zombietopia yang akan menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur. Mesej itu menyatakan pelakon akan diberi bayaran RM80 dan sesiapa yang berminat menghubungi individu bernama Norah menerusi nombor telefon yang disertakan.

    Mesej berkenaan turut menyatakan Mamat adalah pengarah filem itu. Mamat yang juga sinonim dengan filem bertema zombi seperti Zombi Kampung Pisang dan Zombi Kilang Biskut berkata, Norah yang namanya disertakan dalam mesej itu sudah menghubunginya dan memberi penjelasan. 

    "Masalah itu sudah diselesaikan dan Norah memberitahu ada pihak tidak bertanggungjawab memandai-mandai meletakkan nama saya dalam mesej itu. Justeru, saya meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat palsu itu," katanya.

    Sementara itu, pemilik Norah Talent Studios, Norashaniza Rahmat berkata, pada asalnya mesej itu dihantar kepada kakitangannya untuk mencari pelakon tambahan bagi filem Zombietopia terbitan Green Light Picture Sdn Bhd.

    “Filem itu diarahkan Wong Ming Jin dan memang tiada kena-mengena dengan Mamat. Lebih teruk kandungan mesej itu turut diubah dan mendakwa saya mencari pelakon lucah pula,” katanya yang turut membuat laporan polis semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mamat Khalid Tak Cari 'Zombie' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top