My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 27 September 2016

    Pakar Pecut Terkejut


    Ketegangan menyelubungi kem lebuh raya negara ke Sukan SEA 2017 apabila Anuar Manan terkilan dan terkejut namanya tidak disenarai. Pakar pecut negara itu antara nama besar yang digugurkan selain pelumba pertama negara yang bersama pasukan Pro Tour, Loh Sea Keong. 

    Anuar yang baru tiba dari China semalam, melahirkan rasa terkejut apabila khidmatnya tidak diperlukan untuk Malaysia mempertahankan emas pada temasya dwitahunan di tanah air sendiri tahun depan.

    “Saya sendiri sukar jelaskan kenapa tidak disenaraikan. Ramai yang menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp bertanya perkara ini. Namun, saya baru tiba dari China selepas bersama pasukan (Terengganu Cycling Team) bersaing di Tour of China dan belum mendapat maklumat lanjut.

    “Saya mampu berkayuh untuk negara dan masih berada pada prestasi yang baik. Malah, pelik kerana selaku pemenang pingat gangsa acara lepas beramai-ramai (di Sukan SEA Singapura), tempat saya ke Sukan SEA sudah dijanjikan ketika pertemuan dan perbincangan antara pelumba dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebelum ini,” katanya.

    PKBM semalam mengumumkan senarai pelumba lebih raya untuk lepas beramai-ramai dan kriterium dengan enam rakan sepasukan Anuar tersenarai termasuk pemenang dua emas di Singapura, Harrif Saleh.

    Presiden PKBM Datuk Abu Samah Wahab menjelaskan senarai enam nama itu diputuskan menerusi perbincangan dengan wakil TSG selain beberapa jurulatih lain dan ia akan dipanjangkan ke mesyuarat pemilihan bersama Majlis Sukan Negara untuk kelulusan. Lima lagi pelumba yang tersenarai adalah Zamri Saleh, Adiq Husainie Othman, Shahrul Mat Amin, Nur Amirul Fakhruddin Marzuki dan Saiful Anuar Aziz.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pakar Pecut Terkejut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top