Sejak kelmarin, ramai dikalangan pengamal media sosial menjadikan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam bahasa Inggeris sebagai bahan yang melucukan. Bagi mereka, adalah suatu perkara yang agak melucukan apabila melihat Timbalan Perdana Menteri, masih kekok dan tidak kena dengan aturannya semasa berbahasa Inggeris.
Sebenarnya, mereka yang mentertawakan Datuk Seri Ahmad Zahid ini wajar berasa malu dengan diri sendiri. Ini kerana, setidak-tidaknya, beliau masih berusaha untuk berbahasa antarabangsa berkenaan di satu persidangan yang mengimpunkan 193 delegasi seluruh dunia di dalam satu bangunan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Beliau pasti menyedari bahawa lenggok bahasa Inggeris yang beliau sampaikan itu mungkin ada cacat celanya. Namun keberaniannya menyampaikan ucapan itu yang harus di banggakan termasuk isi ucapannya yang mendapat respon positif dari kesemua pemimpin dunia yang hadir pada persidangan UNGA di New York baru-baru ini.
Jika isu bahasa Inggeris Datuk Seri Ahmad Zahid dijadikan bahan lawak, bayangkan, mereka yang lahir di Malaysia, membesar di Malaysia dan mati di Malaysia, sehingga hari ini gagal menguasai bahasa Malaysia dengan fasih. Malah ada diantaranya langsung tidak tahu berbahasa Melayu sehingga mereka seolah-olah jijik menggunakan bahasa rasmi kebangsaan ini.
Lebih melucukan, ada diantara mereka ini telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri malah ada juga sudah menjadi Ahli Parlimen. Mudah untuk kita dengari, bagaimana tunggang langgangnya bahasa Melayu mereka apabila mereka berbahas di Parlimen mahupun di DUN masing-masing. Adakah mereka tidak menganggap kejanggalan mereka berbahasa Melayu ini sebagai bahan lawak?
Inilah sebabnya kenapa pada satu ketika dahulu, kerajaan mewajibkan pengajaran mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Setidak-tidaknya, para pelajar ini akan didedahkan dengan bahasa antarabangsa ini lebih awal supaya mereka dapat bertutur dengan lancar sebaik memasuki alam dewasa.
Namun, ianya mendapat tentangan hebat daripada mereka yang tidak memikirkan kepentingan bahsa ini pada masa hadapan. Tun Dr Mahathir contohnya menyifatkan langkah kerajaan ini sebagai memundurkan murid sekolah, walhal segala istilah sains dan matematik ini kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.
Usah terlalu mudah menghukum kejanggalan Datuk Seri Ahmad Zahid dalam berbahasa Inggeris. Beliau mungkin boleh berbahasa Melayu sahaja pada persidangan berkenaan, namun keberanian beliau berusaha untuk bertutur dalam bahasa Inggeris adalah satu tindakan berani dan terpuji.
Berbanding mereka yang memang anak jati Malaysia tetapi terlalu dungu untuk berbahasa Melayu dengan baik, apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid melambangkan keberanian anak Melayu dalam menghadapi cabaran global, walaupun pada hakikatnya, kita menyedari, kita sendiri mempunyai kelemahan kita yang tersendiri.
Hahahaha... dia sedar ucapan ada cacat tapi dia teruskan...
ReplyDeletemacam kamu sedar seluar kamu koyak nampak punggung tapi kamu pergi ronda2 dekat mall.
kita masing dah spt sokong team bola dan bukan mana baik