My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 17 November 2016

    Nazmi Faiz Sah Milik Johor DT





    DESAS-desus mengenai kelibat perancang utama pasukan Selangor, Nazmi Faiz Mansor bakal memperkukuhkan jentera pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim depan akhirnya menjadi kenyataan apabila dia kini sah menjadi milik kelab gergasi selatan tanah air.

    Juara Liga Super tiga kali berturut-turut itu dikatakan mula mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu sejak Julai lalu sebelum sah mengikat kontrak dengan Johor DT baru-baru ini. Berita perpindahan bekas pemain kelab Portugal, S.C Beira-Mar itu diumumkan sendiri pemilik kelab Johor DT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

    Tunku Ismail bertitah, Johor DT telah mengikat kontrak dengan Nazmi Faiz dan kemungkinan pemain itu akan dipinjamkan ke Jepun untuk bermain di sana. “Buat masa ini, saya belum tahu kelab mana dia akan pergi tetapi kita tengah tengok salah satu kelab di sana.

    “Saya ucapkan semoga berjaya dan jika dia sudah bersedia balik ke tanah air, dia boleh berkhidmat dengan pasukan Johor DT,” titah baginda pada sidang dialog bersama penyokong di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru semalam.

    Tunku Ismail bertitah, jendela musim depan bakal menyaksikan Johor DT menggunakan le­bih ramai pemain muda daripada skuad Johor DT II serta beberapa pemain dari pasukan lain. “Selain Nazmi, Johor DT turut menggunakan khidmat pemain tengah Johor DT II, Muhammad Afiq Fazail, 22 serta Che Rashid Che Halim, 22, pada musim depan.

    “Saya ada Afiq Fazail yang sudah ‘confirm’ dan Che Rashid yang juga sudah ‘confirm’ tetapi saya nak suruh dia berada tiga atau enam bulan dalam skuad Johor DT II terlebih dahulu,” titah baginda. 

    Titah baginda lagi, segala keputusan tersebut bergantung pada jurulatih, Mario Gomez dan Benjamin Mora yang pastinya memiliki pandangan ma­sing-masing berkenaan hala tuju pasukan pada musim depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nazmi Faiz Sah Milik Johor DT Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top