My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 1 November 2016

    Pelumba Tempatan Bertaraf Dunia


    Kejayaan beberapa pelumba tempatan pada Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang kelmarin menandakan kualiti yang ada pada mereka sudah tidak terlalu jauh dengan pelumba bertaraf dunia. 

    Antara yang paling mencuri tumpuan Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan PETRONAS Raceline Malaysia serta Khairul Idham Pawi (Honda Team Asia). Hafizh yang beraksi di Moto2 menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima sementara Khairul yang beraksi dalam Moto3 di tempat kelapan. 

    Bagi juara dunia Moto3 musim ini, Brad Binder yang beraksi bersama Red Bull KTM Ajo, pelumba negara sememangnya mempunyai kualiti untuk mengikut jejak langkahnya. “Untuk menjadi juara dunia anda perlu melalui semua 18 pusingan perlumbaan. Kunci utama adalah perlu konsisten di setiap pusingan.

    “Sekiranya anda mampu berada di kelompok depan setiap hari perlumbaan, maka anda sememangnya berpeluang cerah untuk muncul juara,” katanya.

    Mengambil contoh Khairul, Binder berkata, pesaingnya di Moto3 itu sememangnya amat bagus, apatah lagi musim ini adalah tahun pertamanya pada Kejuaraan Motosikal Dunia. “Khairul amat bagus berlumba ketika hujan. Itu sudah pasti. Dia juga seorang pelumba yang berdisiplin baik ketika di litar mahupun di luar.

    “Bagi tahun pertamanya sebagai pelumba rookie, Khairul sudah meraih dua kemenangan dan ia menunjukkan dia seorang pelumba yang bagus,” katanya merujuk kepada Khairul yang memenangi GP Argentina dan Jerman.

    Selain Hafizh dan Khairul, Ramdan Rosli yang beraksi menerusi tiket wild card bersama PETRONAS AHM Malaysia turut mencuri tumpuan apabila menamatkan perlumbaan Moto2 di tempat ke-12.

    Hafiq Azmi yang menggantikan John MacPhee untuk pasukan Peugeot MC Saxoprint berikutan kecederaan menimpa pelumba Britain itu, menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 untuk meraih lima mata.

    Sementara itu, pelumba Supersports (WSS) negara Zulfahmi Khairuddin mengakhiri kempen Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dengan bergaya apabila menamatkan pusingan terakhir di Qatar awal pagi semalam dengan menduduki tempat ketujuh.

    Keputusan itu nyata membantunya menamatkan musim ini di kedudukan ke-11 keseluruhan dengan 65 mata sekali gus pencapaian yang dilihat cemerlang pada musim pertamanya di kejohanan berprestij selepas MotoGP itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelumba Tempatan Bertaraf Dunia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top