My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 1 November 2016

    Rafizi Kena Bayar RM200,000



    Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli semalam diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah mereka berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar di sini. 

    Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Mohd. Rafizi yang merupakan defendan pertama.

    Azizul memerintahkan Mohd. Rafizi membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada syarikatnya. Mahkamah turut memerintahkan Mohd. Rafizi membayar kos sebanyak RM100,000 kepada plaintif (Mohamad Salleh dan NFCorp).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rafizi Kena Bayar RM200,000 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top