Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) menunggu hasil laporan penuh dari pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Berhubung insiden gerabak kargo yang tergelincir di Kampung Bakap, Batu Gajah yang berlaku bulan lalu.
Menurut sumber dalaman SPAD, pihaknya hanya akan mengambil apa jua tindakan selepas mendapat laporan penuh dari pihak KTMB. Menurut laporan, pihak KTMB akan menyerahkan laporan penuh siasatan dalaman mereka kepada pihak PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan SPAD secepat mungkin.
Ujar sumber berkenaan, laporan itu penting untuk membolehkan pihak SPAD menilai aspek keselamatan dari segenap aspek supaya insiden seumpama ini tidak lagi berlaku pada masa hadapan.
Dalam perkembangan semasa, kerja-kerja pembersihan di kawasan kemalangan berkenaan juga sedang giat di jalankan. Malah, beberapa orang pegawai SPAD juga turut kelihatan bagi meninjau sendiri tahap pembersihan yang kini sedang giat di jalankan.
Berhubung tahap operasi sistem pengangkutan ETS pula, sumber berkenaan berkata, setakat ini, sistem berkenaan sudah kembali berjalan seperti biasa walaupun terdapat sedikit kelewatan daripada jadual yang telah di tetapkan.
0 comments:
Post a Comment