My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 9 January 2018

    Lemas Tergelincir Anak Sungai



    Seorang lelaki warga emas yang mahu pulang ke rumah bagi meninjau keadaan banjir ditemui lemas selepas tergelincir dalam anak sungai di Kampung Simanja, Dungau, Membakut di sini, kelmarin. 

    Dalam kejadian jam 4.50 petang, mayat mangsa, Ongi Ona, 66, ditemui tersangkut di bawah jambatan oleh seorang penduduk kampung terbabit. Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, sebelum kejadian, pihaknya menerima laporan orang awam yang mendakwa menemui mayat lelaki.

    Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa pulang ke rumahnya untuk meninjau keadaan banjir namun dipercayai tergelincir dalam sungai terbabit.

    “Mangsa dipercayai tidak pandai berenang dan mayatnya ditemui penduduk kampung dalam keadaan tersangkut di jambatan di sungai berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lemas Tergelincir Anak Sungai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top