My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 3 January 2018

    TMJ Bakal Letak Jawatan?



    PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) bakal berdepan cabaran apabila presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bersedia melepaskan jawatan selaku orang nombor satu badan induk itu. 

    Menerusi satu video yang dipaparkan di laman JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui keputusan itu diambil memandangkan beliau tidak akan berada begitu lama dalam kepemimpinan persatuan itu.

    “Saya ialah presiden yang akan cuba mencari duit untuk pasukan supaya dapat bertanding tanpa bebanan, betulkan struktur dan cuba buat yang terbaik untuk pasukan kebangsaan. Selepas itu saya mengharapkan ada satu presiden baharu, Superman jadi Presiden FAM kerana saya tidak lama (sebagai presiden).

    “Saya akan lepaskan jawatan sebagai Presiden FAM mungkin pada 2018 atau 2019. Ia bergantung tetapi lebih cepat lebih baik,” katanya menerusi satu klip video, hari ini.

    Hasrat Tunku Ismail itu dilontarkan dalam keratan klip video terbabit yang menyentuh mengenai azam Tunku Ismail sebagai Presiden FAM bermula daripada minit 3:49 sehingga minit 4:17.

    Tunku Ismail menerajui badan induk bola sepak negara itu apabila dilantik selaku Presiden FAM bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan FAM, 25 Mac lalu selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa yang juga bekas presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), menarik diri.

    Sekiranya Tunku Ismail serius untuk melepaskan jawatannya, sudah pasti ini memberi tamparan yang begitu besar kepada FAM serta bola sepak negara memandangkan ketika ini, tiada lagi calon yang dilihat layak untuk menggantikan tempat beliau.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TMJ Bakal Letak Jawatan? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top