Manchester United kendalian Jose Mourinho akan bertandang ke laman kelab kerdil divisyen empat Yeovil Town untuk pertembungan pusingan keempat Piala FA, manakala Newport County akan melayan kunjungan Tottenham Hotspur.
United menewaskan Derby County Jumaat lalu dalam perlawanan pertama mereka di kejohanan ini, dan bakal menyamai rekod sepanjang zaman Arsenal dengan 13 kejuaraan sekiranya muncul juara pada final Mei nanti.
Yeovil adalah pasukan ranking tercorot yang masih tinggal dalam saingan musim ini dengan mereka bergelut untuk mengelak tersingkir daripada Liga Bola Sepak. Kelab seangkatannya, Newport yang menewaskan Leed United di pusingan ketiga, akan bermain di laman sendiri menentang juara lapan kali Spurs, yang kini berada di tangga kelima Liga Perdana Inggeris.
Liverpool kendalian Jurgen Klopp akan bertemu West Bromwich Albion di Anfield, manakala Chelsea akan menentang Newcastle United sekiranya mereka menang dalam aksi timbal balik dengan Norwich City. Perlawanan itu akan diadakan pada hujung minggu terakhir bulan ini.
0 comments:
Post a Comment