Kareena Kapoor mengakui belum mempunyai perancangan menambah anak selepas melahirkan anak sulung, Taimur Ali Khan Pataudi pada Disember 2016.
Katanya, buat masa sekarang fokus utamanya adalah meluangkan masa bersama Taimur, selain menumpukan perhatian terhadap kerjaya seni. “Saya dan suami sebenarnya belum terfikir untuk memiliki anak kedua kerana kami ingin meluangkan lebih banyak masa dengan Taimur.
Pada usia ini dia memerlukan lebih perhatian, ditambah kesibukan kami dengan tugas masing-masing.
“Walaupun kini sibuk di lokasi penggambaran, saya dan suami mengambil tugas secara bergilir untuk menjaga Taimur kerana enggan melepaskan detik melihat dirinya membesar depan mata,” katanya. Kareena mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular, Saif Ali Khan pada 16 Oktober 2012.
0 comments:
Post a Comment