Sehari sebelum detik 9 Mei ini, dijangkakan akan berlaku pertambahan pengguna yang bakal menggunakan perkhidmatan awam di negara ini. Ini kerana, ramai dikalangan para pengundi akan mula membanjiri stesen-stesen keretapi dan terminal bas untuk pulang ke kampung halaman bagi menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa tarikh 9 Mei ini adalah tarikh Pilihan Raya Umum ke 14 yang mana dijangkakan hampir 14 juta pengundi berdaftar akan pulang ke kampung halaman masing-masing.
Dalam hal ini, menurut sumber dalaman SPAD memberitahu, orang ramai yang bakal menggunaan perkhidmatan awam di negara ini tidak lagi perlu bimbang dengan pelbagai perkara yang sering tular di laman-laman sosial.
Pihak SPAD memberi jaminan bahawa tahap piawaian dan keselamatan pengangkutan awam di negara ini sentiasa berada pada tahap terbaik bagi memberikan mutu perkhidmatan cemerlang.
Justeru, menurut sumber ini, orang ramai tidak perlu khuatir dengan keadaan pengangkutan awam ini. Tambahan pula, pihak SPAD sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua penyedia perkhidmatan awam di negara ini mematuhi SOP dan piawaian keselamatan yang telah digariskan oleh SPAD.
Tidak kira samada pergi ataupun pulang semula ke destinasi masing-masing, SPAD sentiasa memberi jaminan terbaik buat warga kota yang ingin menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama untuk menuju ke destinasi masing-masing.
0 comments:
Post a Comment