My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 5 May 2018

    Khai, Hael Mohon Maaf




    GARA-GARA memanjat blok huruf ‘I Love UMT’, penyanyi popular Khai Bahar dan Hael Husaini dikecam netizen yang sebahagian besar didakwa penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT). 

    Laman Instagram rasmi UMT, @officialumt dihujani kritikan selepas memuat naik semula gambar daripada IG Khai, semalam, yang mempersoalkan tindakan dua penyanyi itu bersama rakan mereka. Difahamkan gambar yang dimuat naik Khai diambil selepas dia bersama rakan lain selesai menjayakan persembahan Jelajah Pagi Deeja di universiti itu pada Khamis.

    Khai Bahar ketika dihubungi meminta maaf jika tindakannya itu mengguris hati sebahagian penuntut UMT. “Sejujurnya, niat kami adalah untuk bergambar kenangan di situ. Tidak terfikir atau terlintas pun untuk menghina nama universiti terbabit seperti didakwa.

    “Pihak UMT turut memuat naik semula gambar saya di IG. Jadi saya berasakan ia perkara biasa. Namun, tidak menjangka pula ia kecoh. Saya sedar tidak belajar tinggi seperti mereka, jadi tidak perlu keluarkan komen keterlaluan. Apa pun, dengan rasa rendah diri saya meminta maaf. Insya-Allah kalau ada rezeki saya pasti ke sana lagi,” katanya.

    Sementara itu, Hael yang kini muncul dengan single Haram tidak menjangka gambar itu dijadikan isu sedangkan aksi mereka disedari pihak penganjur dan beberapa pensyarah yang berada di lokasi sama.

    "Kalau betul tindakan kami salah, sepatutnya ditegur lebih awal. Jadi, kami tidak panjat blok huruf itu. Sejujurnya, saya memang tidak tahu menahu aksi berkenaan boleh menimbulkan isu berbangkit. Lagi satu, pihak UMT juga memuat naik semula gambar berkenaan. Jadi, saya berpendapat, perkara ini tidak salah.

    “Namun, sekiranya aksi saya dan rakan lain menimbulkan rasa kurang senang penuntut di sana, saya mohon maaf. Saya berharap perkara ini tidak diperbesarkan lagi,” katanya.

    Sementara itu, UMT menerusi mesej yang dibalas kepada Pegawai Perhubungan Awam peribadi Khai, Mohammed Rizal Mohammed Yasin di laman Instagram menganggap tindakan Khai, Hael dan rakan mereka satu bentuk promosi.

    “Tak ada isu apa pun sebenarnya. Di pihak kami sangat suka bila artis ‘post’ gambar berlatar belakangkan UMT. Promosi free untuk sosial media kami,” tulisnya.

    Dalam masa sama, pengikut IG lain tidak bersetuju dengan tindakan netizen yang mengkritik kerana menyalahkan satu pihak sahaja.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Khai, Hael Mohon Maaf Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top