My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 6 May 2018

    Lakon Layar Mahathir Semakin Hebat Menjelang Hari Mengundi



    Di kala negara sedang menghitung waktu untuk menantikan hari pengundian, ramai dikalangan calon-calon Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini memperhebatkan kempen mereka untuk meraih undi dari para pengundi. Hal yang sama nampaknya tidak terkecuali dari dilakukan oleh Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Dia dilihat begitu sibuk kesana kemari walaupun kini usianya sudah mencecah angka 93 tahun. Seperti mempunyai sesuatu yang mesti diselesaikan sebelum dia menutup mata selama-lamanya, dia akan pergi kemana sahaja untuk berkempen sehinggakan Parlimen yang bakal dia tandingi sendiri pun seolah-olah dia lupakan.

    Hari ini, buat pertama kalinya dalam sejarah, Mahathir tiba ke Parlimen Ketereh untuk berkempen. Memang agak melucukan kerana sejak sekian lama Tan Sri Annuar Musa menguasai Parlimen ini, sukar untuk melihat Mahathir tiba ke Ketereh untuk berkempen. Apa yang dia mahukan? Sudah tentu untuk memastikan Tan Sri Annuar Musa tumbang pada PRU ke 14 kali ini.

    Tidak cukup dengan itu, buat pertama kalinya sejak 23 Julai 2002, Mahathir tiba juga ke tanah perkuburan di Pokok Sena, Kedah, lokasi di mana jasad Allahyarham Ustaz Haji Fadzil Noor dikebumikan. Itupun selepas hampir 16 tahun pemimpin yang pernah menjadi musuh ketat Mahathir, pergi selama-lamanya.

    Malah, dibertakan, Mahathir juga cuba untuk mengunjungi kubur Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat namun hasratnya itu di halang oleh keluarga Allahyarham walaupun Nik Omar selaku anak Allahyarham berkeras mahu membawa Mahathir melawat kubur ayahnya.

    Persoalannya, kenapa baru hari ini Mahathir tiba-tiba teringat lokasi tertanamnya jasad bekas musuh politiknya? Ini semua tidak lain dan tidak bukan hanyalah lakonan Mahathir untuk meraih undi. Dia sedar, walaupun sudah hampir 16 tahun Allahyarham pergi, namun masih ramai yang berpegang teguh pada ajaran dan pengaruh Allahyarham.

    Malah, Mahathir juga turut sedar akan realiti bahawa dia kekurangan sokongan dari orang Melayu dan lakonannya ini adalah antara jalan untuknya meraih undi simpati. Paling menarik, dikhabarkan, akan ada kejutan yang bakal dilakukan Mahathir semasa himpunan mega Pakatan Harapan 8 Mei ini, juga dengan tujuan yang sama iaitu cuba meraih undi simpati.

    Sebenarnya, tidak ada apa yang perlu dihairankan dengan sikap Mahathir ini, Sejak dari dahulu lagi dia cukup licik dalam usahanya mahu meraih kuasa. Setakat lakonan pengsan di pentas ceramah, terduduk semput ataupun lakonan melawat kubur, semua ini adalah perkara kecil bagi Mahathir demi mahu meraih undi.

    Lagipun, selama usianya yang cukup panjang ini (mungkin berkat doa Allahyarham Ustaz Haji Fadzil Nor), tidak pernah walau sehari pun dia terfikir untuk melawa kubur-kubur mush politiknya. Mungkin juga, demi mahu meraih undi, dia sanggup terbang ke sempadan Thailand pula bagi melawat kubur Chin Peng, Ketua Parti Komunis Malaya. Siapa tahu? Semua ini mungkin sahaja terjadi.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lakon Layar Mahathir Semakin Hebat Menjelang Hari Mengundi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top